‘Tiada tindakan lanjut’ terhadap Khairuddin: Di manakah rotan abah?

 


Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu, 21 Oktober 2020:

Sebegitu sahaja, Pejabat Pendakwa Raya berjaya memusnahkan segala keyakinan dan kepercayaan awam terhadap integriti dan kebebasannya dengan keputusan “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS

Sebegitu sahaja, Pejabat Pendakwa Raya (AGC) berjaya memusnahkan segala keyakinan dan kepercayaan awam terhadap integriti dan kebebasannya dengan keputusan “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Mohd Khairudin Aman Razali yang telah mengingkari SOP kuarantin Covid-19 sejurus selepas pulang bersama rombongannya daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai 2020.

Salah satu tugas pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 adalah untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada integriti, profesionalisme, dan kebebasan institusi-institusi utama negara, dan amat menyakitkan melihat usaha ini sedang dimusnahkan oleh kerajaan pintu belakang yang telah menggantikan kerajaan Pakatan Harapan secara tidak sah melalui konspirasi Langkah Sheraton. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas beliau pada 6 Oktober mengatakan yang sesiapa pun yang melanggari SOP Covid-19 akan berhadapan dengan tindakan. 

Beliau berkata: “Maafkan saya jika ‘Abah’ terpaksa menggunakan rotan!”

Di manakah rotan abah?

Muhyiddin mengumumkan yang tidak ada pilih kasih dalam pelaksanaan peraturan kuarantin. 

Memang betul tidak ada sikap pilih kasih. Tetapi apa yang ada adalah layanan istimewa di mana menteri PAS diletakkan di tempat yang istimewa dalam kerajaan Perikatan Nasional, memandangkan tanpa sokongan PAS semasa UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional ini bermakna tiada kerajaan PN. 

Rakyat Malaysia yang patriotik menangis demi negara! 


No comments: