Jangan jadikan Malaysia negara tidak berpelembagaan
Sang Kelembai
Perlembagaan Persekutuan bukan satu Perlembagaan yang di ciplak dari Perlembagaan dari negara asing. Perlembagaan negara asing hanya sebagai Panduan. Perlembagaan Persekutuan di persiapkan oleh kesemua 9 Raja-Raja Melayu. Dan juga oleh orang Melayu, Cina dan India. Maka terbentuklah Perlembagaan di sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang di zahir kan sebaik sahaja Merdeka di tahun 1957.
- Perlembagaan Malaysia agak unik. Sistem pemerintahan tertulis secara nyata antara dua kuasa. Parlimen dan Raja. Parlimen di panggil Demokrasi berparlimen dan Raja di panggil Raja Berpelembagaan.
- Mentafsirkan Perlembagaan Malaysia tidak terletak kepada pakar Perlembagaan. Bukan Ismail Farouqi dan Shamrayu secara autoriti boleh mentafsirkann Perlembagaan yang tertulis.Malah Peguam Negara pun tidak boleh memberi tafsiran. Mereka hanya boleh beri pendapat dan pandangan sahaja.
- Kuasa mentafsirkan Perlembagaan diletakan dibawah kuasa Mahkamah Perlembagaan, kerana Malaysia tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan, kuasa itu terletak di Mahkamah Tinggi. Inilah badan tertinggi yang mentafsiran Perlembagaan, orang lain tidak punya hak.
- Maka ramailah memberi tafsiran Perlembagaan mengikut selera dan kepentingan mereka. Sehingga menyebabkan Perlembagaan tidak dilihat mulia dan terhurmat kedudukan dalam sistem pemerintahan Malaysia. Perlu di ingat tidak ada seorang pun boleh berada di atas kehendak Perlembagaan. Sebalik kena tunduk dengan kehendak Perlembagaan. Termasuk SPB Yang Di Pertuan Agung.
- Perlembagaan Persekutuan sangat jelas menerangkan sistem bagi mengwujudkan satu Kerajaan Malaysia. Bagaimana SPB Yang Di Pertuan Agung, satu jawatan yang kekal ada dalam keadaan apa pun berlaku di Malaysia. Akan melaksanakan kehendak Perlembagaaan mengwujudkan Kerajaan pilihan rakyat.
- Perlembagaan Malaysia dengan jelas meletakan hak menubuhkan Kerajaan terletak kepada SPB Yang Di Pertuan Agung bagi pihak Majlis Raja-Raja.
- Perlembagaan Malaysia hanya memberi sekali sahaja kuasa kepada SPB Yang Di Pertuan Agung menubuhkan Kerajaan Urusan Seri Paduka Baginda. Bila?. Hanya berlaku salepas pilihanraya umum di mana Parlimen akan mengira pihak mana yang banyak menguasai kerusi di Dewan Rakyat.
- Selain dari berlaku salepas Pilihanraya Umum, SPB Yang Di Pertuan Agung TIDAK mempunya bidang kuasa untuk menubuhkan Kerajaan lain yang tidak berasaskan kemenangan pihak yang menang majoriti di Dewan Rakyat. Perkara pertikaian perebutan kuasa di serahkan kepada Parlimen menentukan. SPB Yang Di Pertuan Agung tidak terlibat dan campur tangan.
- Sejak Merdeka 1957. Kerajaan Seri Padukan Baginda yang berlaku telah beberapa perubahan ialah perlantikan Perdana Menteri, atas sebab Perdana Menteri itu meletakan jawatan atau meninggal dunia, dilantik seorang Perdana Menteri yang baru dengan tidak mengubah anggota Dewan Rakyat yang majoriti dan Kerajaan yang ada.
- Peristiwa yang berlaku pada bulan Febuari 2020, atas Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, sebenarnya telah berlaku krisis Perlembagaan.
- Di mana krisis Perlembagaan itu berlaku? Bila SPB Yang Di Pertuan Agung tidak memulangkan isu perebutan kuasa antara Ahli Parlimen kepada Parlimen. Sebalik SPB Yang Di Pertuan Agung menggunakan budibicara yang tidak selaras dengan kehendak Perlembagaan bagi melantik seorang Perdana Menteri.
- Menggunakan SD bagi menubuhkan Kerajaan tidak wujud dalam sistem menubuhkan Kerajaan dalam Perlembagaan Persekutuan. SD bukan pilihan rakyat. Maka benarlag bahawa SD juga bukan mandat rakyat untuk Ahli Parlimen boleh melakukan luar dari inspirasi rakyat mengundi seorang Ahli Parlimen itu.
- Maka sudah ada duluan yang di lakukan oleh SPB Yang Di Pertuan Agung yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bagi menubuhkan Kerajaan (bukan melantik Perdana Menteri) Adakah tindakan terbaharu beberapa orang pemimpin politik akan melalui proses yang sama?.
- Sepatutnya pemimpin politik semasa Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan mencabar tindakan SPB Yang Di Pertuan Agung menubuhkan Kerajaan berdasarkan SD dan melantik Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kerana di kira ultra vires atau melampau kuasa SPB Yang Di Pertuan Agung.
- saman kepada SPB Yang Di Pertuan Agung dibolehkan mengikut kehendak Perlembagaan. Serahkan kepada kebijaksanaan Mahkamah Tinggi sebagai pihak dibenarkan mentafsirkan Pelembagaan boleh atau tidak Ahli Dewan Rakyat yang menanda SD dikira sebagai sama dengan keputusan didalam sidang Ahli Dewan Rakyat. Hanya sidang Dewan Rakyat sahaja akan menunjukan sikap dan pendirian bagi memboleh SPB Yang Di Pertuan Agung menubuhkan Kerajaan.
- Adalah diharapkan SPB Yang Di Pertuan Agung kembalikan semula kuasa Perlembagaan Persekutuan yang jelas tertulis bagaimana Kerajaan ditubuhkan oleh SPB Yang Di Pertuan Agung dalam krisis perebutan kuasa yang berlaku sekarang, dimana banyak ruginya kepada rakyat dari untung.
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan, jika berlaku hilang majoriti Kerajaan yang ada di Parlimen yang sama erti dengan undi tidak percaya. Perdana Menteri hanya ada dua pilihan sahaja.. Letak jawatan dan bubarkan Parlimen. Dan tidak ada peruntukan orang lain boleh membentuk Kerajaan walau pun dia mencukupi majoriti.