UMNO PATUT BERANI KELUAR DARI PN DAN MUHYIDDIN YANG MACARMERBA


HAMDAN TAHA


Umno sepatutnya kena berani untuk keluar dari kerajaan PN jika mahu melihat Bn itu kuat semula....ini pandangan peribadi saya....tetapi kenapa ?

Jika kerajaan Muhyudin ini di buat melalui darurat akan ada masalah yang lebih besar daripada convid 19 iaitu masalah ekonomi...

Apakah jaminan dengan melakukan darurat malaysia dapat selesaikan wabak virus 19 tidak merebak terbukti tidak. Semasa bulan tiga apabila kerajaan PN mengambil alih kerajaan ini di lihat mampu berdepan dengan serangan convid 19. Penularan dari jemaah tabliq akhirnya tamat pada bulan julai. Kerajaan PN juga melaksanakan beberapa kaedah membantu rakyat....dan rakyat di lihat tenang dan gembira sehingga bulan september....

Tiba tiba berlaku prk sabah....dan penghujung sept berlakulah peningkatan convid di seluruh malaysia sehingga hari ini tidak nampak lagi akan berkurangan. Rakyat sudah mula marah dan hilang kepercayaan terhadap muhyudin dan kerajaan PN termasuk kepada menteri menterinya telah menjadi bahan cacian dan lebih sedih termasuk menteri agama....PN telah hilang sokongan dan kepercayaan 50 peratus sokongan dari sebelumnya

Krisis politik antara bersatu,pas dan umno dalam kerajaan menyulitkan lagi keadaan kerajaan Muhyiddin dan PN. Jika Presiden tiga parti sudah tidak ada jalan berbaik dan berunding di manakan ruang untuk berdamai. Maka keadaan politik tetap tidak ada keamanan di dalam kerajaan PN....

Darurat di cadangkan oleh team mayuddin dan saya juga percaya atas nasihat agung. Kerana saya tidak nampak YDPA mahu membenarkan Muhyudin di tukar tambahan oleh Anwar Ibrahim. Kerajaan PN ini adalah pilihan Agung pada bulan tiga dahulu dan mahyudin juga pilihan agung. Mana mungkin membenarkan muhyudin jatuh dan di benarkan kalah di dewan parlimen dalam undi tidak percaya atau dalam pembentangan barget....semua ni sikit sebanyak akan memalukan DYMM Agung. Kerajaan Beta....itu sebab surat dato zahid bocor dan bukan saja bocor ada pula salinannya kepada muhyudin dan Hamzah juga Azmin Ali.....jadi keadaan bukan jadi aman damai tapi lagi berserabut....

Dalam perjumpaan muhyudin dan zahid juga hadi juga hamzah nampak tegang dan di fahamkan berlaku sedikit ugut mengugut dan petengkaran. Ini akan menyebabkan krisis politik yang tidak baik....

Darurat juga akan menyebabkan penganguran meningkat....perniagaan tutup kedai...pelabur luar negara dan dalam negara berundur kerana kesan darurat ini besar ertinya buat pemain ekonomi. Bila pekerjaan tidak ada....akan ada rakyat yang mula hilang pendapatan....sewa rumah pinjaman kereta dan pinjaman apa pun tak boleh di bayar....bank akan terkesan dan semua industri akan lingkup....rakyat akan hilang kesabaran....

Di mana untungnya umno berada dalam kerajaan yang rakyat mula mempertikaikannya. Semua di buat akan jadi serba tak kena....populariti Abah sudah bertambah buruk...kebencian rakyat yang terlibat kepartian kepada Hamzah dan Azmin meningkat....bayangkan Haji hadi dan Pas juga al takiri di jadikan bahan lawak dan hinaan atas sikap Pas dan menterinya....semuanya kerana mempertahankan kononnya kerajaan

terbaik

dalam dunia.....

Kerajaan Muhyudin akan di hina kerana tamak...kepentingan diri....menjual negara demi kuasa....dan mahu terus kekal walau pun satu dunai tahu beliau tidak cukup mejoriti....ini akan menyebabkan negara luar tidak akan berkawan dengan malaysia.....siapa nak deal dengan kerajaan yang rapuh.....tidak ada yang mahu....

Jika mahyudin mahu lakukan juga darurat ...boleh tapi buat dulu satu undian sokongan di parlimen....selepas beliau menang undi tidak percaya maka beliau mengadap agung dan minta darurat di adakan...baru beliau akan di lihat seorang ahli politik yang berani dan tidak tamak kuasa.....tetapi beliau harus betul bekerja ke arah selamatkan negara..... dan satu dunia tahu dia adalah PM yang sah dan ada mejoriti.....dia akan kuat....tetapi jika di buat sebelum sidang dewan budak kecik pun tahu ini di buat kerana muhyudin nak kekal berkuasa dan tak mahu berhenti....tamak kuasa namanya tu....

Jika tidak umno dan bn jangan lah cari getah dengan berada dalam kerajaan darurat mahyudin ....