Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kekal teruskan tugas selaku Ketua Pemuda UMNO, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Noor Helmy mengesahkan perkara tersebut ketika beliau bertemu Dr Muhamad Akmal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini sebelum menaiki pesawat menuju Sandakan untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang bermula esok.
“Setakat hari ini saya tak dengar apa-apa cerita pasal peletakan jawatan. Ini baru jumpa beliau di lapangan terbang. Dalam 1.15 tengah hari tadi penerbangannya ke Sandakan untuk PRK Kinabatangan,” kata Noor Helmy ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Baca lanjut:https://www.astroawani.com/berita-politik/cuti-sudah-habis-akmal-saleh-bekerja-semula-untuk-umno-adun-duyong-554769
#AWANInews

No comments:
Post a Comment