Terkini! Muhyiddin tak keruan, jumpa ketua parti dan menteri petang ini

 

Terkini! Muhyiddin tak keruan, jumpa ketua parti dan menteri petang ini


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan satu perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di kediaman rasminya di petang ini, kata sumber.

Perjumpaan itu menurut sumber diadakan untuk membincangkan perkembangan semasa negara.

“Betul. Ada perjumpaan perdana menteri bersama ketua-ketua parti. Beberapa pemimpin kanan dan menteri turut dijemput,” kata sumber itu ketika dihubungi.

“Saya pun akan menghadirinya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang sumber dalaman memberitahu Malaysiakini kemungkinan besar perjumpaan petang ini akan diadakan di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, Putrajaya.

“Pagi tadi ada satu perjumpaan di kediaman perdana menteri di Damansara. Kemungkinan perjumpaan ini diadakan di Seri Perdana buat masa ini,” kata sumber parti Bersatu itu.

Muhyiddin kini sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

Ekoran itu, Muhyiddin ketika berucap pada perutusan khas secara langsung melalui televisyen lewat petang semalam, mengumumkan beberapa tawaran kepada ahli parlimen pembangkang bagi mendapatkan sokongan bipartisan untuk kekal berkuasa dan membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.

Dia juga berkata tidak akan meletakkan jawatan dan kabinetnya bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti dari luar PN menjelang undi percaya bagi menguji sokongan majoritinya di parlimen bulan depan.

Dia juga menawarkan cadangan supaya ketua pembangkang mendapat imbuhan setara dengan menteri kanan, serta menggubal undang-undang anti lompat parti.

Namun, setakat ini ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sebaliknya pimpinan pembangkang menyifatkan tawaran Muhyiddin itu sebagai “rasuah”.

No comments: