PERUTUSAN SEOLAH OLAH 'MERASUAH' MP

 

May be an image of 4 people and people standing


Negara tanpa pembangkang...

Muhyiddin sebenarnya sudah angkat bendera putih

PERUTUSAN SEOLAH OLAH 'MERASUAH' MP

Oleh Norman Radzuan

Negara mula rosak apabila Muhyiddin bercita cita menjadi PM. Masih ingat ucapan beliau dlm meeting partinya kpd Tun dlm ramcangan menjatuhkan kerajaan PH. Katanya kita berikan mereka jawatan2 Menteri, Tim Menteri dan GLC.

Bila menjadi PM pula pelbagai jawatan diwujudkan dgn menggunakan ratusan juta wang rakyat utk memastikan dirinya terus menjadi PM. Hari ini dia sekali lagi muncul dlm perutusannya. Dia ingin mewujudkan negara Malaysia tanpa pembangkang.

PERUTUSAN MUHYIDDIN 13 OGOS

1. Dia rayu MP pembangkang sokong bi-patrisan dia sbg PM

2. Dia mungkin dah ada sokongan tambahan

3. Ucapan tagih simpati rakyat utk benarkan dia terus PM

4. Bentang perancangan dan dan peruntukan baharu

5. Tawaran baharu untuk rakyat dan MP

6. Undi 18 akan dilaksanakan

7. Ketua Pembangkang dapat habuan setaraf menteri

8. Naikkan peruntukan utk MP pembangkang

9. Skrg baru nak runding dan bincang.

10. Kalau setuju sokongan bi-partisan baru nak panggil sidang Parlimen.

Kali ini dia cuba 'merasuah' DS Anwar Ibrahim dgn jawataan bertaraf Menteri. Dia cuba 'rasuah' MP dgn menaikkan peruntukan. Fuh... habis duit rakyat dia mahu gunakan hanya utk dirinya kekal sebagai PM.

Jahanam negara ini bila kita mempunyai PM yg sentiasa sibuk memberi sogokan jawatan, ketika Parlimen bersidang dia buat meeting di rumah, Parlimen ditutup dia sibuk buat meeting di rumah, ketika Parlimen ditutup dia boleh hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri, ketika Pandemik semakin serius dia sibuk ke sana sini melobi.

Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Najib berundur bila melihat tiada sokongan tapi Muhyiddin tiada sokongan rakyat dan MP masih terus mahu berkuasa. Tawaran kpd pembangkang itu sebenarnya tanda Muhyiddin sudah hilang sokongan atau sudah mengangkat bendera putih.

Yg lucu tawaran ini dibuat secara terbuka.Kononnya ini bukan 'rasuah politik'. Kononnya demi kepentingan rakyat. Maaf jika anda fikirkan rakyat sila letak jawatan.

Saya dimaklumkan pembangkang solid menolak Muhyiddin sebagai PM cuma tidak solid siapakah yg bakal menjadi PM.