AWAT YANG DOK P KERJA DI KUALA LUMPUR

 

Terengganu laksana Manifesto PRU-14, 20,000 peluang pekerjaan tetapi di …


Pengumuman Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr Alias Razak bahawa kerajaan negeri berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu sebagaimana yang dijanjikan dalam tawaran Manifesto Pas dalam PRU 14 lalu bukannya diterima baik bahkan dikecam oleh netizen.

Manisfesto Pas Terengganu menjelang PRU-14 lalu.

Ini kerana, kerajaan Terengganu hanya berjaya menghantar pekerja mereka ke kilang di Shah Alam, Selangor bukannya menyediakan peluang pekerjaan di negeri itu.

“Salah satu tawaran Manifesto Pas Terengganu pada PRU ke 14 yang lalu ialah menyediakan 20,000 peluang pekerjaan.


“Alhamdulillah, semalam diadakan program ‘Flag Off’ pelepasan pekerja Terengganu ke sebuah syarikat di Shah Alam, Kilang Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn.Bhd,” umum Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu itu menerusi


facebook beliau semalam.

“Nasihat saya,” kata Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu itu, “kutiplah ilmu dan pengalaman sepanjang bekerja di sana dan pasakkan niat kerana Allah seterusnya menjadi insan bermanfaat buat keluarga dan masyarakat.”

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Terengganu Human Resources Development Center (THRDC) atas usaha mengurangkan indeks pengangguran di Terengganu.

Dr Alias memaparkan gambar beliau melepaskan penduduk Terengganu berhijrah ke Shah Alam, Selangor yang menaiki bas untuk bekerja di sana.

Berikutan itu, tulisan Dr Alias itu dikomen oleh lebih seratus orang yang bukannya memuji tulisan itu tetapi menyindir Exco kerajaan negeri Terengganu itu.

z menulis, “Rupanya janji tunai manifesto peluang pekerjaan adalah dengan cara anak2 Trg kerja di negeri termaju yang ditadbir oleh PH. Kahkahkah.”

Ahmad Fazley pula menulis, “PEMBETULAN :Salah satu tawaran Manifesto PAS Terengganu pada PRU ke 14 yang lalu ialah menyediakan 20,000 peluang PEKERJAAN.

“Kami gagal menyediakan pekerjaan, kami cuma mampu hantar rakyat Terengganu ke Selangor utk bekerja.

Pekerja Terengganu yang dihantar untuk bekerja di Selangor oleh kerajaan negeri.

“Terima kasih kerajaan Selangor!”

Nur Hadi Mohamad ketika mengulas tulisan Dr Alias pula menulis, “”Manifesto kami jika dapat memerintah negeri ini adalah menyediakan 20,000 peluang pekerjaan…. (di negeri lain)”

“Macam dah tak ada beza EXCO dengan badut. KAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.”

Ben Hamid Book pula berkata, “Ingatkan sedia peluang pekerjaan di Terengganu, rupanya hantar pekerja dari terengganu berkerja diSelangor.. lawak betul.”

Pihak yang berkongsi tulisan Exco Terengganu itu juga turut menyerang dan menyindir kerajaan Pas itu.

Ahmad Fazley berkongsi sambil menulis, “Menyediakan peluang pekerjaan di SELANGOR..”

Mohd Afif Abdul Manan pula menulis ringkas tetapi panas, “Speechless..” ketika berkongsi tulisan Dr Alias itu di dinding facebook beliau.

No comments: