Ketua Pemuda AMANAH rai 100 mahasiswa Lembah Klang jadi sukarelawan di Temerloh

 


Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda hari ini meraikan 100 sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa semua universiti di Lembah Klang yang datang untuk membantu mangsa banjir di Temerloh.

Hasbie dan Ammar Atan meraikan junior mereka yang datang dari Kuala Lumpur ke Temerloh untuk menjadi sukarelawan.

Temerloh antara daerah yang teruk dilantik banjir Pahang.

Bandar kedua terbesar di Pahang itu terputus hubungan beberapa harin dengan ibu negara Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang menjadi sumber utama keperluan penduduk di sana.

Pemimpin AMANAH, dari presiden hingga kepada pemimpinnya yang lain mengambil berat kebajikan penduduk Temerloh selepas ahli parlimennya, Annuar Tahir, bekas Setiausaha Agung AMANAH tidak berapa sihat untuk mengendalikan keperluan mangsa banjir.

“Pagi ini menyambut 100 sukarelawan mahasiswa dari Lembah Klang yang turun untuk operasi pembersihan dan bantu mangsa banjir di Temerloh,” tulis Hasbi melalui facebook beliau.

Menurut Hasbie, program dikelolakan oleh NGO Petaling Youth pimpinan Ammar Atan dengan kerjasama Angkatan Mahasiswa UM, Harmoni UM serta beberapa buah pertubuhan mahasiswa.