HAI ....TAKKAN LAH KAU PANGGIL MASSIMO SAHAJA...GARDENIA. LAIN LAIN BARANG YANG KORANG TAK BOLEH NAK HANDLE TAK NAK PANGGIL SIAT SIAT KAH ?KAK.KAH TERKAKAH...

 

KPDNHEP akan panggil pengeluar Massimo jelaskan kenaikan harga roti

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memanggil pengeluar roti Massimo untuk mengetahui alasan kenaikan harga produk dan alternatifnya buat rakyat. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengeluar roti jenama Massimo, The Italian Baker, akan dipanggil untuk sesi konsultasi bagi menjelaskan justifikasi kenaikan harga produk mereka bermula semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid.

Ini kerana, katanya, kenaikan harga itu pastinya menjejaskan rakyat yang masih bergelut dengan pandemik Covid-19 dan diburukkan lagi oleh bencana banjir di seluruh negara.“Kita akan panggil pengeluar roti jenama Massimo, kementerian nak tahu apa alasan kenaikan itu dan apa alternatifnya untuk rakyat.

“Ini untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19 dan bencana banjir,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rosol berkata, pihaknya turut mengadakan sesi konsultasi bersama Gardenia Bakeries ketika harga produk roti itu dinaikkan 1 Dis lalu.

Katanya, syarikat itu memberikan alasan kenaikan harga berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah yang di luar kawalan mereka.

“Kementerian memahami alasan itu dan sebagai alternatif, Gardenia Bakeries berjanji mengeluarkan satu produk baharu roti yang dijual pada harga lama. Langkah sama boleh dibuat pengeluar Massimo supaya rakyat mempunyai pilihan.”

Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan hanya boleh mengawal harga roti putih biasa dan jika pengeluar berhasrat menaikkan harganya, mereka perlu memaklumkan kepada KPDNHEP terlebih dulu.

“Untuk roti lain, ia tidak tertakluk kepada kawalan harga itu,” katanya yang berharap satu situasi menang-menang dapat dicapai.

FMT hari ini melaporkan, harga roti Massimo bagi White Sandwich 400g adalah RM2.80 sebuku berbanding RM2.38 sebelum ini, White Sandwich 600g RM4 (dahulu RM3.35), Wheat Germ 400g RM3 (dahulu RM2.48).

Selain itu, harga Wheat Germ 600g dinaikkan daripada RM3.71 kepada RM4.25, harga baharu lain termasuk RM4.10 untuk produk 100% Whole Wheat dan ban krim Duetto berharga RM1.

No comments: