MENTERI DAN RAKYAT EJEK MENGEJEK ISU VEVEONAH


Nora Jamilah


Bila menteri panggil Veveonah Mosibin "tree girl", rakyat panggil menteri "sloth minister" apacam?....😂😂😂😂
Isu pelajar panjat pokok cari internet untuk jawab soalan exam, iaitu Adik Veveonah yang difitnah oleh Timbalan Menteri PN kalau kita lihat sebenarnya sudah reda.

Tapi Timbalan Menteri itu sendiri nampak sengaja memainkan kembali isu tersebut untuk tegakkan benang basah. 

Hari tu kata dah minta maaf, tiba-tiba dia hangatkan semula isu, sebut pula nama Ahli Parlimen BN Kudat kononnya si pemberi maklumat.

Ahli Parlimen Kudat itu pula dengan sombong keluar kenyataan pertahankan tuduhannya yang mengatakan Veveonah seorang penipu.

Aku lihat mereka ini memang sengaja membuli orang susah apabila ego mereka tercabar. Kau fikir gaji kau puluhan ribu sebulan, kau boleh hina dan buli orang susah yang terpaksa panjat pokok cari internet?

Jangan lupa tidak lama lagi PRN Sabah akan berlangsung, rakyat Sabah pasti akan mengajar kesombongan kau!



No comments: