1. Dari awal lagi, semasa Bersatu di bawah Tun Mahathir menyatakan
hasrat bersama Pakatan Harapan, antara yang menjadi keraguan orang-orang PH
adalah mereka yang menjadi pembantu-pembantu Tun.
2. Walaupun Tun dilihat begitu
bersungguh untuk bersama PH, atas semangatnya mahu menumbangkan Najib dan BN,
tetapi orang-orang Tun di kiri dan kanannya sangat tidak cocok dengan semangat
PH.
3. Siapa yang dimaksudkan? Ini
apa yang kawan-kawan PH sampaikan kepada saya. Kata mereka, cuba tengok siapa
yang ada dengan Tun sepanjang Tun bergerak berkempen dan sebagainya.
4. Siapa yang Tun angkat
sebagai Pegawai atau Setiausaha Politik nya? Hampir semuanya yang mempunyai
rekod permusuhan dengan Anwar.
5. Tiga nama yang kawan saya
ini sebutkan. Pertama, Zahid Md Arip. Kedua Khairuddin Abu Hassan. Ketiga, Abu
Bakar Yahya atau ABY.
6. Sebenarnya, ramai juga
pelik, dalam sekalian ramai cerdik pandai yang Tun boleh pilih sebagai
Setiausaha Politik beliau ketika menjadi Perdana Menteri, kenapa Tun
boleh bersetuju dengan nama-nama tersebut.
7. Sedangkan Tun sentiasa
menyebut tentang pentingnya mengangkat anak-anak muda yang berkebolehan. Tetapi
mereka ini juga yang dipilih.
8. Malah, Zahid Md Arip itu,
tersangatlah cacat dari segi rekodnya kerana terlibat dengan kes FGV dengan Isa
Samad.
9. Oleh sebab itu, langkah
gerak Tun walaupun ramai yang kata tak diatur oleh sesiapa, tetapi sedikit
sebanyak nasihat-nasihat atau percaturan-percaturan mereka ini dipakai.
10. Kalau boleh kita lihat
secara menyeluruh, kesilapan Tun ini juga harus diperbetul. Sehingga sekarang
ini, Abu Bakar Yahaya dan Khairuddin Abu Hassan masih lagi mempunyai
akses dengan Tun.
11. Walaupun kita tidak tahu
setakat mana mereka ini berjaya mempengaruhi Tun dan mencatur untuk Tun, tetapi
dengan rekod yang ada, kita hairan bagaimana Tun boleh percaya lagi pada
mereka.
12. Sekali lagi kita
menyaksikan bagaimana tokoh pemimpin yang menjadi tonggak dan harapan rakyat
dikawal orang keliling yang menjengkelkan dan merosakkan.
13. Apa pun, kita berharap
sebaliknya. Semoga pemimpin-pemimpin ini berkeupayaan menangkis nasihat buruk
dari keliling. Mudah-mudahan.
Dr Razam Ramli.