HASIL KAJIAN DAN PENDAPAT AWAM: RESPONDEN MAHUKAN PH TERUSKAN AGENDA TANPA MAHATHIR




DARIPADA 4, 281 RESPONDEN, 97% MAHU AGAR PH MENERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG PENGKHIANAT KERAJAAN PINTU BELAKANG TANPA TUN MAHATHIR.

No photo description available.

Saya telah mengemukakan kaji selidik/poll bertajuk " PAKATAN HARAPAN HARUS KE HADAPAN TANPA MAHATHIR". Bersetuju atau tidak? Kaji selidik ini bermula pada 01 Sept 2020 dan berakhir semalam 08/9/20. Saya telah memperolehi keputusan seperti berikut:

1. SOKONG PH TANPA MAHATHIR - 97.0%
2. SOKONG PH BERSAMA MAHATHIR - 2.9%

Keputusan melalui Poll atau kajiselidik melalui apa cara sekalipun sememangnya bukan keputusan yang muktamad, namun kajiselidik ini sudah memadai untuk memberi gambaran betapa Tun Mahathir bukan lagi tokoh yang popular malah dibenci ramai angkara kegagalan dan kecuaian serta kerjasamanya sehingga kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu ditumbangkan dengan mudah oleh para pengkhianat.

Dosa besar Mahathir adalah apabila beliau meletakkan jawatan disaat kerajaan PH masih lagi berupaya untuk menghalang rampasan kuasa tersebut. Alasannya iaitu beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada MP-MP dari partinya Bersatu serta segelintir dari kumpulan semburit menjadi penyebab beliau meletakkan jawatan amat tidak boleh diterima. Ini adalah kerana kerajaan PH bukan hanya bergantung dengan Bersatu mahupun segelintir dari puak yang diketuai oleh semburit.

Sewajarnya beliau mendapatan pandangan atau nasihat daripada pimpinan PH terlebih dahulu sebelum menggunakan otaknya yang telah lagi berfungsi ketika itu. Malangnya, beliau sememangnya mahu PH tumbang kerana beliau bercadang untuk menjadi PM kali ketiga di bawah kerajaan perpaduan kononnya. 

Jika beliau berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan, maka beliau akan dapat menggagalkan usaha PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM dan beliau akan menjadi PM sehingga nyawanya dicabut.

Wajib bagi PH menjauhi manusia ego, sombong dan busuk hati ini. Mana-mana pimpinan dari PH yang masih mahu melutut dan menyembah Mahathir, sudah pasti akan dihukum oleh rakyat. Jangan marah jika kamu juga akan diserang habis-habisan kerana menjadi perisai kepada manusia tidak sedar diri ini.

WFAUZDIN NS



No comments: