Netizen perli 3 menteri bisu. Senyap je 3 Menteri ni, lesap tak ‘back-up’ Veveonah

Senyap je 3 Menteri ni, lesap tak ‘back-up’ Veveonah
Isu pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) semakin panas dipertikaikan lebih-lebih lagi apabila ianya membabitkan anak muda yang seolah-olah diperalatkan untuk menutup kesalahan yang dilakukan Kabinet PN. Terkini kelibat tiga Menteri ini pula dipersoalkan orang ramai.
Ke mana mereka? Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Sehingga saat ini masih tiada lagi kenyataan tampil mempertahankan Veveonah Mosibin.
Menarik perhatian, warganet mula menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional kini semakin huru hara hanya disebabkan keberanian Veveonah.
“1 orang muda+sebuah laptop+pokok’ sudah mampu menggoncang sebuah pentadbiran hingga MP dan Timbalan Menteri bersungguh-sungguh cuba melakukan ‘character assassination’.