BICARA DARI KE HATI TENTANG SEARCH


NORMAN RADZUAN



Selepas konsert Rooftop ini kali pertama saya dpt bertemu Yan. Bertemu lepas Asar sampai Maghrib berbual dgnnya .

Tentulah kami berbual panjang selama hampir 3 jam mengenai konsert Search Rooftop. Nak tahu dari hati ke hati anggota Search apa perasaannya ketika itu.

Saya call Yan bertanya dia di mana. Dia beritahu ada di Amcorp Mall di tempat dia berniaga. Saya kata tunggu sehingga saya… rasanya dah 6 tahun tak jumpa.

Antara byk topik dibualkan Yan beritahu memang mereka semua malam itu enjoy utk adakan persembahan. Masing2 terasa freedom.

Apatah malam itu yg membuatkan mereka semua really enjoy cz dpt main key asal Search sepertimana di dlm album.

“ Bila dpt main key asal itu yg buat rasa kepuasan. Tu solo Kid keluar sebijik mcm album. Dah lama sgt dlm live mereka tak dpt main key asal..”

“ Denden pula perfom malam itu. Dia seorang yg humble… nak belajar. Masa konset tu dia ada tanya… Bang Yan aku nak kena lari2 ke atau macamana. Aku pesan tak perlu sgt tapi yg penting jaga penafasan sb lagu2 Search byk lagu high pitch.”

Bila tanya tentang Amy… seperti Din dan Kid memberi komen positif. Katanya dlm usia Amy skg memang agar sukar utk dia menyanyi lagu2 Search.

“Amy tetap legend. Mungkin Amy kena nyanyi lagu Search dlm arrangement yg baru.”

Saya juga ada memberi pandangan kpd Yan… utk next konsert jadikan lagu ‘Nur Nilam Sari’ sebagai pengganti Isabella. Ini kerana lagu Isabella itu sudah sinonim dgn Amy. Lagipun Nur Nilam Sari tidak dinyanyikan oleh Awie atau Amy.

Kata Yan Insyallah selepas ini mereka akn adakan konsert di Johor dan Indonesia. Saya kata lepas ini kena turun.