SIAPAKAH PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA ORANG MELAYU?



8 Ogos 2022 bersamaan 10 Muharram 1444


1. Sejak negara Merdeka pada 1957, banyak syarikat, badan pertubuhan dan unit pelaburan ditubuh oleh kerajaan untuk membantu memajukan kepentingan orang Melayu baik dalam bidang perniagaan swasta atau mereka dalam khidmat kerajaan dan pesara termasuk orang awam.


2. Di antara yang terbesar di maksudkan adalah Lembaga Tabung Haji - TH, Lembaga Tabung Angkatan Tentera - LTAT, FELDA dan MARA. 


3. Malangnya entiti entiti ini yang sepatutnya menjadi begitu berjaya dan kaya raya dengan sokongan kerajaan 'Melayu' selama lebih 60 tahun  mengalami berbagai  masalah buatan sendiri oleh 'orang dalam'  Melayu jugak yang sepatutnya menjaga kepentingan orang Melayu dan mereka yang dalam kalangan orang kurang berada.


4. Tabung Haji yang menjaga kepentingan orang Islam dan Melayu khususnya telah mengalami masalah kewangan salah pelaburan yang disedari oleh kerajaan Pakatan Harapan - PH apabila kami memerintah dan menteri PH berkenaan telah mengambil tindakan sepatutnya untuk memulihkan TH.


5. Perkara ini diperakui sendiri oleh Ketua Audit Negara melalui laporan rasminya.


6. Syarikat Boustead yang majoriti besar di miliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera - LTAT juga terbabit dalam kontrak kontroversi merugikan melibatkan urusniaga pembinaan kapal untuk tentera laut di mana RM6 billion telah dibayar  tanpa sebuah pun dari 6 kapal siap dibina. Ini adalah skandal yang besar.


7. Kerajaan PH telah memulangkan RM550 juta kepada LTAT untuk mengelakkan kerugian lebih teruk kepada LTAT.


8. Masalah FELDA dan pelaburan hartanah merugikan termasuk diluar Negara telah menjadi isu besar utama pada PRU 14 yang telah membantu menjatuhkan kerajaan 60 tahun BN pada PRU 14.


9.Tidak tertinggal kontroversi pembelian hartanah di Australia dengan harga terlalu tinggi yang merugikan MARA oleh pengurusan dan pihak atasan, sekali lagi oleh pengurusan orang Melayu yang merugikan MARA 


10.Keluasan  tanah rezab Melayu yang sepatutnya di tahap 50 % tanah negara kini tinggal hanya12 % selepas lebih 60 tahun pemerintahan berterusan kerajaan yang di dominasi "Melayu" bawah BN.


11. Pengurusan atasan keseluruhan Tabung Haji,  LTAT, FELDA dan MARA yang hampir seratus peratus orang Melayu Islam telah mengkhianati bangsa Melayu mereka sendiri.


12. Tidak boleh dinafikan salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan yang berleluasa adalah akibat pengurusan dan pentadbiran kerajaan di kuasai MELAYU ISLAM oleh kerajaan  BN,dan kini PN, yang memerintah secara berterusan sejak Merdeka.


12. Perkara ini di akui sendiri oleh ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dan Pemuda BERSATU Wan Ahmad Fayhsal di sebuah sessi forum baru baru ini yang menyatakan konsep 'ketuanan' feudal tanpa pengurusan beramanah tidak boleh diteruskan lagi atas kesan negatifnya.


13. Malaysia sedang  mengalami keruntuhan moral, etika dan amanah pentadbiran serta pengurusan yang amat teruk oleh kumpulan elit Melayu Islam kita sendiri yang sedang memusnahkan negara dan nasib bangsa kita.


14. Untuk mengalih pandangan isu masalah utama sebenarnya, bangsa lain sering dimomokkan untuk mengalih pandangan  serta menimbul kebencian sementara perompak sebenarnya beleluasa.


15. Sebenarnya Melayu ditipu secara berterusan oleh mereka yang berbangsa Melayu sendiri begitu lama dan nilai serta taraf hidup Melayu dan agama terus merosot.


16. Hal ini berlaku secara berterusan begitu lama dengan bertopengkan perjuangan Melayu Islam di mana anak serta cucu cicit kita akan menjadi mangsa jangka masa panjang  di masa hadapan.


17. Mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah tempatan dan luar negara terus di panggil "boss ku' ditambah pula dengan ungkapan tambahan ' malu apa boss ku'.


18. Islam dan budaya Melayu meminta kita mengamalkan sikap ada perasaan malu dan merendah diri demi memelihara akhlak yang mulia.


19. Tanpa sikap malu ini makin terhakislah keMelayuan kita dan nilai moral Islam kita. Sikap malu mencerminkan tahap keimanan kita sebagai seorang Islam dan juga Melayu


20. Semakin dilaungkan konsep kerajaan Melayu Islam makin kurang sikap malu untuk melakukan kesalahan dan makin menyerlah sikap budaya nilai 'cash is king' .


21. Adakah ini nilai Melayu Islam baru yang kita inginkan iaitu  'kekayaan kewangan adalah segala galanya' = cash is King?


22. Tepuk dada tanyalah iman kita.


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu 

Pengerusi AMANAH Terengganu




No comments: