KEMPEN BEBASKAN HASSAN

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF







Kempen Bebaskan Hassan.

Hassan dan arwah adiknya, Raman merupakan anak Malaysia yang mempunyai masalah keciciran dokumen. Pada tahun 2017, Ayah mereka yang merupakan warganegara Malaysia telah meninggal dunia. Sejak itu Hassan dan Raman tidak lagi boleh bersekolah dan perlu bekerja untuk membantu meringankan beban keluarganya.

Pada tahun 2020 mereka telah ditahan oleh polis dan diserahkan kepada pihak imigresen. Sepanjang dalam tahanan, mereka tidak pernah tahu bila akan dibebaskan dan nasib mereka. Sehinggalah sekitar 27 Julai yang lalu, Raman mengadu dadanya sakit. Namun dia hanya dibawa ke hospital pada 2 Ogos dan disahkan meninggal pada 3 Ogos.

Sekarang,

Hassan memerlukan bantuan kita semua untuk mendesak agar pihak imigresen membebaskannya. Ibunya memerlukan bantuan kita untuk melihat anaknya pulang ke rumah tidak seperti jenazah adiknya, Raman. Keluarganya perlu bantuan kita semua untuk melengkapkan suasana rumahnya.

Hassan perlukan bantuan, cukuplah seorang yang terkorban.

#bebaskanhassan

 

No comments: