AZMIN ALI MERANCANG PECAT RAFIZI RAMLI DAN SAIFUDDIN NASUTIONOLEH: Azhar Achil
Dengan kemelut isu rundingan Pas - PH berterusan, Azmin dan kabilah kartelnya dikhabarkan sedang merancang untuk;
a) Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution menerima nasib sepertimana yang dialami Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim.
b) Jika tidak berjaya juga, mereka cuba membina persepsi kedua-dua tokoh ini kelihatan menyanggahi dasar parti.
Jika berjaya, Azmin akan meletakkan kartel-kartelnya pada jawatan-jawatan strategik dalam KEADILAN untuk jawatan dalaman parti dan juga untuk calon-calon PRU. Ia sebagai projek jangka panjang mengurangkan kuasa Anwar Ibrahim dalam parti secara terancang dan sistematik.
Nota Anwar baru-baru ini ternyata dimanipulasi oleh Azmin + Kartel. Sebab itu, tak tersebar langsung tulisan tangan Anwar sebagai bukti dan tersebar pula status di Facebook Latheefa Koya yang dia berjumpa Anwar dua hari sebelum nota dari penjara disebarkan.
RAFIZI DAN SAIFUDDIN NASUTION AKAN BERTAHAN
Setelah nota penjara itu dimanipulasi, Rafizi dan Saifuddin diserang bertubi-tubi oleh kartel yang merupakan radio buruk Azmin. Ia sebagai tekanan untuk mendorong keadaan bahawa kedua-dua tokoh ini akan meletakkan jawatan dalam parti.
Namun kedua-dua tokoh ini masih tegap dan tegas berdiri. Mereka tetap dengan pendirian bahawa tiada rundingan dengan Pas lagi, bahkan terus dengan agenda memperkasa PH dan agenda PRU tanpa melibatkan Pas kecuali jika Pas melutut dengan PH dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PH, bukan sebaliknya.