Usaha yang diambil oleh pusat beli belah milik CapitaLand Malaysia di Pulau Pinang dengan menyediakan dua unit mesin pelitup muka layan diri amat disambut baik.
Demikian dizahirkan oleh Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin.
Menurut beliau lagi, inisiatif yang diambil adalah terbaik dalam usaha membantu kerajaan negeri mengatasi masalah penularan wabak covid-19 tatkala ini.
“Tindakan yang diambil mereka merupakan inisiatif yang amat membantu kerana mesin pelitup muka layan diri ini mampu memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya di kawasan tumpuan orang ramai.
” Adalah lebih menarik kerana Pulau Pinang merupakan negeri yang terkenal dengan kunjungan pelancong saban hari.
” Melawan Covid-19 merupakan suatu tindakan yang agak sukar. Namun begitu semua pihak
harus bekerjasama dan melaksanakan tanggung jawab masing-masing bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diatasi,” ujar beliau.