INIKAH SEBAB MUSA AMAN TAKUT SYAFIE APDAL BERI GERAN KEPADA RAKYAT SABAH?


Menjelang PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini, bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman nampaknya semakin tidak senang duduk dan kepanasan punggungnya.
Ini berikutan dengan langkah Ketua Menteri Sabah interim, Shafie Apdal yang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri memberikan geran tanah kepada rakyat yang sudah memohon sejak berpuluh tahun lamanya.
Ketika era pemerintahan Musa Aman sekitar 2003 sehingga 2018, isu geran tanah kepada rakyat Sabah gagal ditangani oleh beliau dan isu itu menjadi tertunggak sehinggalah Warisan menjadi kerajaan dan Shafie Apdal telah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Mungkin ketika Musa Aman menjadi Ketua Menteri, beliau sibuk dengan urusan lain, termasuk untuk dirinya sendiri sehinggakan terlupa rakyat bawahan di Sabah yang saban tahun menanti geran tanah terus terbiar tanpa pembelaan.
Lebih-lebih lagi disebabkan oleh kronisme dan birokrasi kerajaan UMNO dan BN pimpinan Musa waktu itu telah menyebabkan isu tersebut gagal diselesaikan.
Kini, susulan kecoh isu geran tanah yang diselesaikan oleh Shafie Apdal, timbul pula bukti baharu mengaitkan Musa Aman yang didakwa menyalahgunakan kuasanya memohon tanah negeri untuk pemilikan peribadinya melalui syarikat yang dimilikinya sekitar tahun 1997 sehinggalah 1998.
Beberapa bukti dan dokumen yang diperoleh mendapati Musa Aman sebenarnya pernah memohon tanah negeri sebanyak 20,000 ekar pada tahun 1998 menerusi syarikat miliknya di mana beliau ketika itu adalah salah seorang Pengarah Syarikat Corak Nakhoda Sdn Bhd.
Lebih menarik lagi, permohonan tanah  itu dibuat ketika Musa Aman menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah sejak Mac 1995 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada Mac 1999 selepas bertanding atas tiket UMNO di DUN Sungai Sibuga.
Dalam dokumen (disertakan bersama) tersebut, Musa Aman menerusi syarikatnya Corak Nakhoda memohon seluas 20,000 ekar di wilayah Tongod, Kinabatangan untuk tujuan pembangunan pertanian.
Persoalannya disini, mengapa Musa Aman yang pada ketika itu memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah memohon tanah negeri untuk kegunaan syarikatnya sendiri?
Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahan kerana wujudnya “conflict of interest”!dan semestinya kes ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa?
Untuk rekod, Corak Nakhoda semasa permohonan tanah itu dilakukan mempunyai dua pengarah yang lain, iaitu Mohamad Sari Nuar dan Ajit Galun.
Lebih menarik lagi, individu yang memberikan kelulusan permohonan tanah tersebut pada ketika itu adalah seorang rakan karib Musa Aman yang juga merupakan ADUN Balung, Osman Jamal di mana beliau ketika itu adalah Pengarah Tanah dan Ukur Sabah.
Dalam dokumen permohonan tanah tersebut, Osman telah meletak minitnya “sila ambil tindakan” dan dipercayai ia bagi memberikan kelulusan kepada permohonan yang dibuat oleh syarikat milik Musa Aman itu.
Siapa Osman Jamal ini?
Beliau merupakan calon BN di DUN Balung pada pilihan raya 2018 lalu tapi kemudiannya pada Mac 2019 melompat menyertai PKR, kemudian melompat sekali lagi menyertai WARISAN dan kini terbaru melompat buat kali ketiga menyertai Musa Aman untuk menjatuhkan Shafie Apdal melalui sokongan Akuan Bersumpah atau SD.
Osman Jamal ini juga selepas melompat menyokong Musa Aman, turut lantang mengkritik tindakan Shafie Apdal yang memberikan geran tanah kepada rakyat Sabah.
Sekarang, baharu kita tahu mengapa beliau sangat marah apabila kerajaan Warisan memberikan geran ini kerana beliau juga salah seorang yang terkait dalam skandal tanah negeri Sabah yang diluluskannya kepada rakan-rakan politiknya, termasuk Musa Aman.
Jadi, sekiranya benar dakwaan ini maka sahihlah rakyat Sabah sebenarnya sudah tertipu sejak berpuluh tahun oleh bekas pemimpin negeri yang berhasrat untuk menjadi Ketua Menteri sekali lagi.
Jadi, siapa sebenarnya yang membela rakyat Sabah – adakah Musa Aman yang terbukti memperolehi 20,000 ekar untuk dirinya sendiri atau kerajaan Warisan pimpinan Shafie yang meluluskan permohonan tanah kepada rakyat Sabah yang memerlukan?
Renung-renungkanlah wahai rakyat Sabah sebelum mengundi pada 26 September nanti!! 
(Shahbudindotcom 02/09/2020)

No comments: