VIDEO: Warga Kementerian Kesihatan wira lindungi rakyat


Lim Guan Eng: Mengapa Kementerian Kesihatan Dipersalahkan Apabila Menteri Khairuddin Buat Salah?










Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berpendapat, tidak wajar bagi pemimpin PAS, Hashim Jasin untuk mengheret serta menyalahkan Kementerian Kesihatan dalam isu pelanggaran kuarantin menteri PN, Khairuddin Khairuddin Aman Razali.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, warga kementerian adalah wira sebenar yang mempertahankan dan lindungi rakyat daripada wabak Covid-19.
“Kita memang tidak setuju terhadap apa yang disebut oleh Hashim tetapi kalau beliau hendak berpolitik, berpolitiklah… tapi jangan heret dan persalahkan kementerian.
“Mereka tidak bersalah dan hanya jalankan tugas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, hari ini.
Guan Eng berkata, kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh PAS dan beliau berharap Hashim dapat menarik semula tuduhan tersebut.
“Saya harap pemimpin PAS janganlah cuba menegakkan benang yang basah. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Jangan hitam dijadikan putih, putih dijadikan hitam,” katanya. 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Bicara Tokoh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim | 10 April 2021