SD melanggar Perlembagaan dalam tatacara perlantikan seorang Perdana Menteri.




Muhyiddin Yasin bangga Haji Hadi Awang orang yang pertama tandatangan SD untuk menyokong beliau menjadi PM.

2. Di sebalik kata Muhyddin Yasin itu memberi makna bahawa Haji Hadi Awang adalah lidah biawak yang bercabang. Dulu dia juga yang dahulu bercakap. Jika ada undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, PAS parti pertama menentang usul undi tidak percaya itu. PAS akan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. Sepatutnya Muhyiddin Yasin tidak cakap perkara itu. Kerana sebenarnya perbuatan Ahli Parlimen itu menandatangann SD menyalahi Perlembagaan Persekutuan sebagai seorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen.

4. Mana perkara dalam Perlembagaan membolehkan Ahli Dewan Rakyat menjadikan kedudukan Ahli Dewan Rakyat sebagai barang dagangan yang boleh menanda tangan SD atau surat bersumpah untuk menyokong sesaorang sebagai Perdana Menteri?.

5. Sistem demokrasi Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan telah meletakan segala urusan perlantikan seorang Perdana Menteri adalah urusan dalam Dewan Rakyat.

6. Itu sebab adanya peruntukan bahawa dengan kepercayaan Tuanku Yang Di Pertuan Agung bahawa mana-mana parti atau gabungan yang memberi sokongan dengan menamakan sesiapa menjadi Perdana Menteri, konvensyen akan diterima oleh Tuanku Yang Di Pertuan Agung.

7. Menggunakan SD atau surat akuan bersumpah bagi perlantikan seorang Perdana Menteri tidak pernah digunakan oleh mana-mana negara dalam sistem demokrasi sebaliknya kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi membawa perlantikan jawatan Perdana Menteri dinamakan di Parlimen.

8. Apa yang melanggar Perlembagaan Persekutuan perbuatan Ahli Dewan Rakyat itu?

9. Dengan sendirinya menafikan hak dan prosedur Perlantikan Perdana Menteri dibawah bidang kuasa dan budi bicara Yang Di Pertuan Agung yang diberikan kebebasan perlantikan seorang Perdana Menteri dengan tidak menafikan majoriti yang parti yang menang dalam Dewan Rakyat.

10. Kini Malaysia sudah ada precedent atau dahuluan pernah berlaku seorang Perdana Menteri dilantik melalui SD yang kebiasaannya melalui surat bertanda tangan ahli Dewan Rakyat sahaja.

11. Bagaimana tahun tahun yang akan datang. Beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Melayu menanda tangan surat SD untuk memberi sokongan kepada bakal Perdana Menteri seorang bukan Melayu. Adakah Tuanku Yang Di Pertuan Agung berkuasa menolaknya?, walau pun dalam Perlembagan ada kuasa budibicara Tuanku Yang Di Pertuan Agung bagi menolaknya.

Ini akibatnya bila Muhyiddin Yasin mendengar nasihat MakCik Gemok dan Setiausaha Politik Botaknya.

Sang Kelembai.
September 1, 2020
Kuala Lumpur.
8.30 pm