DAP lancar portal Aduan Moratorium, kumpul aduan orang awam


DAP terus menggesa kerajaan memberikan lanjutan kepada moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama enam bulan lagi iaitu sehingga 31 Mac 2021.
Gesaan ini adalah bagi membantu rakyat dan perniagaan Malaysia mengharungi cabaran ekonomi akibat Covid-19. 
Sehubungan itu, DAP hari ini melancarkan kempen Aduan Moratorium menerusi portal di https://aduanmoratorium.com/bm/.
Kempen ini bertujuan mengumpul maklum balas daripada orang awam yang menghadapi masalah ketika memohon lanjutan moratorium atau bantuan daripada pihak bank.
Aduan-aduan yang diterima akan dianalisis dan dikemukakan secara terkumpul kepada Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut.
Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah memperoleh banyak aduan bahawa permohonan mereka untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank ditolak.
“Jadi kami mahu kumpulkan data dan maklumat berhubung mereka yang pergi ke pihak bank dan ditolak permohonan.
“Kami akan menyerahkannya kepada kerajaan untuk menyokong kes kami bahawa perlanjutan (moratorium) perlu diberikan,” katanya hari ini.
Menurut Guan Eng, perlu diingatkan bahawa moratorium pinjaman bank ini membantu 7.7 juta individu dan 300,000 syarikat Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

(LIVE) Dr Mujahid: Jet Mewah, Iklan Judi, Kakitangan Awam Wakaf Gaji & T...