PADAN MUKA HANG HADI. SEMUA YANG BERKAWANG DENGAN PAS SEMUA BLAH. UMNO PUN TAU, SEBELUM KENA KENCIN DENGAN PAS BAIK UMNO KENCIN DULU...KAH....KAH....
Marah benar Presiden Pas, Hadi Awang kepada UMNO berikutan parti itu ingin bertanding solo dalam PRN Johor dan enggan bekerjasama dengan sesiapa.
Dengan pendirian tersebut sekaligus bermakna UMNO menolak sama sekali untuk menjalin apa-apa kerjasama dengan Pas.
Kali ini, selain mengatakan BN sudah tidak relevan, Hadi juga mengungkit bagaimana pihaknya bermurah hati menyelamatkan UMNO sebaik parti itu hilang kuasa dalam PRU14 lalu.
Menyifatkan UMNO sebagai itik patah kaki yang kemudian diselamatkan melalui persetujuan membentuk Muafakat Nasional atau MN, tetapi setelah pulih, mereka katanya, mula tidak sedar diri.
“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki dalam PRU14.
“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.
“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita.
Hadi selama ini memang terkenal dengan kegemaran mengumpamakan nama binatang untuk menyerang dan menyindir musuh-musuh yang tidak disukainya.
Tikus, tupai, kera, buaya, anjing dan lain-lain adalah antara binatang yang pernah dijadikan perbandingan oleh Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah itu.
Ada pula yang nakal menambah, sepatutnya itik patah kaki itu dibuat rendang, bukannya diselamatkan.
Sebelum Hadi, seorang lagi ulama Pas, Mokhtar Senik lebih dulu menyerang UMNO berikutan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Pas.
Menyifatkan UMNO mula dijangkiti penyakit angkuh, beliau seterusnya menambah, hanya kekalahan saja yang dapat mengajar dan mengubati apa yang dialami UMNO itu.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak ketinggalan menyerang UMNO berikutan laporan yang mengatakan parti itu hanya disediakan empat kerusi jika ingin bekerjasama.
Kata beliau, pemberian empat kerusi oleh UMNO Johor itu tidak memadai, malah tidak menunjukkan sikap yang baik kepada Pas.
“PAS menghormati pendirian UMNO BN untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah.
“Tetapi menawarkan 4 daripada 56 kerusi itu, saya fikir bukan cara baik,” tambahnya lagi.
Kecuali Tuan Ibrahim, cara serangan Hadi dan Mokhtar, selain keras, juga ternampak sedikit kasar.
Selepas ini, entah bagaimana pula cara serangan pemimpin Pas lain terhadap UMNO.
Melalui rentetan yang berlaku, apakah semua ini menunjukkan tanda-tanda projek memaki hamun UMNO oleh Pas sudah kembali bermula sepertimana era bermusuhan sebelum ini? – ShahbudinHusin 29/01/2022.