Isu ketiadaan beras yang Idris sentuh ni dah banyak kali
dijawab. Malahan aku sendiri pun dah dua kali tulis tentang isu ni. Jadi aku
malas nak sentuh.
Aku share ni sebab tertarik dengan perkataan luar tabie yang
lebai sagun ni guna. Entah kenapa lebai suka sangat perkataan luar tabie ni.
Selalu sebut.
Sebenarnya isu beras ni tak ada la luar tabie sangat pun. Memang
ikut teori ekonomi pun benda ni boleh terjadi. Ada yang lebih luar tabie
sebenarnya.
Contoh pertama, cakap buat program untuk bantu kontraktor
bumiputera. Sekali tengok yang dapat tu tauke perabot. Cina pulak tu. Tak luar
tabie ke bila Cina pun jadi bumiputera?
Contoh kedua, nak cetak buku untuk J-QAF tapi beri kepada tauke
kosmetik. Itu pun luar tabie. Macam mana syarikat kosmetik boleh cetak buku
pulak? Sekali ,lagi, tauke Cina gak!
Contoh ketiga, bab saman. Biasa kita saman orang kita dapat
duit. Tapi lebai dia saman orang dia yang bayar settlement luar mahkan. Luar
tabie betul la!
Nak lagi? Ada lagi kalau nak. Contoh lain dia laung konon rakyat
Malaysia yang bukan Melayu nak rampas negara ni. Sekali tengok dia beri tanah
ke orang Cina dari Negara China.
Bukan kecik anak. Besar ko. Sampai jadi ladang musang king
paling besar dalam Malaysia la. Ada tak orang Melayu dapat tanah besar tu
agaknya?
Tuduh orang lain komunis. Sekali dia sendiri beri tanah kepada
orang komunis. Habis hutan ditarah sebab nak bagi komunis tu jadi kaya. Apa
cerita?
Bukan isu kaum pun. Tak ada masalah pun kalau berurusan dengan
kaum yang pelbagai. Tapi yang jadi luar tabie sebab lebai ni cakap lain, buat
lain.
Hari ni sibuk hasut rakyat jadi rasis. Esok dia pula yang bagi
tanah kepada orang bukan Melayu. Dari negara komunis pulak tu. Begitulah lebai
luar tabie.
Tu tak sebut cerita rasuah pilihanraya, dana judi, rasuah jadi
sedekah dan macam-macam. Patut la lebai suka sangat perkataan luar tabie ni.
Memang dia biasa buat.
Teringat pula kes lebai yang kantoi like posting gay porn. Ha tu
real luar tabie. Yang tak luar tabienya, bila dah kantoi dia kata kena hack. Tu
memang alasan biasa lebai. Dalam tabie. Guane boh?