Penarik Beca
Kerajaan jangan setakat buat garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam ja.
Kena buat jugak garis panduan mencarpab untuk orang2 seperti Akmal Saleh. Mencarpab ialah singkatan kepada mencari publisiti.
Lain la kalau Akmal tu jenis anti garis panduan seperti Pas. Punya la depa benci garis panduan sampai khutbah fasal fitnah pun tak nak baca.
Padahal, dalam khutbah tu ada firman Tuhan Yang Maha Suci dan hadith Nabi s.'a.w.w.
Tapi pada aku, paling wajib kerajaan buat ialah garis panduan menghapuskan agensi2 kerajaan yang tidak berguna dan membazirkan duit rakyat seperti Jakim dan Jawi.
Jakim tu hakikatnya adalah salah satu dewan dalam Pas. Dalam Pas ada Dewan Ulama Pas, Dewan Pemuda Pas, Dewan Muslimat Pas dan Dewan Himpunan Pendukung Pas.
Jakim pun hakikatnya sama. Tinggal lagi, Jakim tu tak la dinamakan Dewan Jakim Pas.
Bayangkan berapa banyak wang rakyat tidak dibazirkan jika dihapuskan jawatan menteri agama dan timbalannya serta dewan2 Pas yang dibiayai oleh duit rakyat seperti Jakim, Jawi, Yadim dan lain2.
Kandang2 pembaziran wang rakyat itu mesti dihapuskan.
Kakitangan2 pentadbiran yang bukan ustaz ustazah jabatan2 seperti Jakim dan Jawi tu tukarkan ke agensi2 kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Yang mesti kena buang terus ialah ustaz2 ustazah2 dalam jabatan2 itu. Simpan pun tak guna seduit. Membazirkan duit rakyat ja.
Kita ni diajar bahawa orang2 yang membazir adalah saudara syaitan.
No comments:
Post a Comment