PAS PN YANG SEMAKIN TERDESAK.



 Parti PAS mutakhir ini kelihatan agak terdesak untuk meneruskan survival dan kekal relevan di Pahang.Eksploitasi mereka bukan sahaja isu berkaitan agama, kes berprofil tinggi mahkamah, malah yang terkini mereka memuat naik ke media sosial video  berkenaan Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menumpangkan Ketua Pembangkang DUN Pahang YB DS Tuan Ibrahim Tuan Man. 






Keadilan Pahang menjunjung tinggi Tuanku Al-Sultan sebagai seorang Sultan yang mesra rakyat. Adalah wewenang Tuanku untuk bersama dengan mana-mana pemimpin dan rakyat.


Namun Keadilan Pahang kesal dengan sikap segelintir penyokong parti pembangkang yang memanipulasi perkara ini dengan menggambarkan seolah-olah KDPB Al-Sultan Abdullah lebih mengutamakan Ketua Pembangkang berbanding YAB Menteri Besar Pahang.


Perkara ini bukan sahaja tidak benar malah menunjukkan sikap gopoh dan tidak menghormati institusi Di-Raja apabila cuba mengaitkan pihak istana dan mencemar nama baik Tuanku. 


Keadilan Pahang berharap agar Parti Islam Se-Malaysia PAS dapat menasihati para penyokong mereka agar tidak melibatkan pihak istana dalam politik sempit mereka.


Sultan adalah payung negeri dan kedudukannya lebih tinggi dari politik. Oleh itu wajib kita menjaga keharmonian negeri dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.


YB Rizal bin Jamin

Pengerusi MPN Keadilan Pahang merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Pahang

10 Februari 2025



No comments: