Tular ungkapan mesra yang diucap Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan rasmi Presiden Türkiye itu ke Malaysia.
“Kamu jangan berpisah antara satu sama lain, ok?” kata Erdogan serentak merapatkan dua jari telunjuknya simbol agar bersatu-padu.
Reaksi spontan sahabat baik Perdana Menteri berkenaan sejurus bersalam dengan Mohamad yang juga dikenal sebagai Tok Mat.
Erdogan, 71, kemudian dilihat turut menepuk bahu kiri Anwar dan dalam masa sama kedengaran Tok Mat ketawa.
Kenyataan pemimpin yang memperkenalkan lebih banyak elemen Islam dalam dasar pentadbirannya, termasuk membenarkan wanita memakai hijab dalam perkhidmatan awam dan universiti itu dilihat
sebagai nasihat supaya Anwar dan Tok Mat mengekalkan penyatuan Kerajaan Perpaduan.
“Isyarat yang jelas untuk semua. Bersatu kita kuat, bercerai kita roboh. Malaysia dikagumi di bawah pimpinan PMX dan Kerajaan Perpaduan Madani,” kata netizen.
No comments:
Post a Comment