TUBUH PARTI BARU TAK MUDAH

 

Jamzuri Ardani


Tubuh parti baru nie tak mudah. Hati kena keras. Tokoh hebat macam Ku Li dan Tun M pun tersadai bila tubuh 46 dan Pejuang. Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diasaskan oleh tokoh politik veteran Kadir Sheikh Fadzir pun tenggelam. Zaid Ibrahim tubuh Parti KITA pun tak kemana. Ini semua parti yang diasaskan oleh tokoh hebat dan punya sumber kewangan yang besar. 


Kawan-kawan dalam ISMA ambil alih Parti Berjasa pun semput. Kawan-kawan dalam IKRAM cuba tubuh parti Bahtera setakat ni belum nampak kelibat. Ini parti yang ditubuh dan digerakkan oleh aktivis organisasi yang telah melalui proses tarbiyah dan perkaderan yang panjang.


AMANAH, BERSATU, dan WARISAN adalah 3 parti politik baharu yang nampaknya masih teguh dipersada politik. 


AMANAH agak istimewa kerana parti ini ditubuhkan tanpa tokoh besar dan tanpa sumber kewangan yang banyak. Tetapi ia didokong oleh para aktivis parti yang tegar dan berpengalaman. 


Adapun ramai aktivis parti yang bersama Amanah ini kebanyakannya berpengalaman sebagai pembangkang. Mereka tahan ditekan dan tahan dicela. Dikafirkan pun ada. 


Bila parti ini jadi kerajaan, ada dikalangan mereka jadi kekok. Yang jadi menteri pun kekok, yang tak pegang jawatan dalam kerajaan pun jadi kekok. Masing-masing sedang mencari rentak tersendiri dalam dunia politik yang baharu. 


Kekekokan ini wajar difahami dan diurus dengan baik. Perspektifnya pelbagai. Kuncinya, jadilah pendengar yang baik.




No comments: