Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar

 

Terkini! MB Negeri Sembilan cemerlang, diakui Yang Dipertuan Besar


Merujuk Kenyataan Media yang tular sejak semalam berkaitan ‘Hilang Kepercayaan Terhadap Pengerusi MPN, KeAdilan Negeri Sembilan’ yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. Pemuda Pakatan Harapan ingin menegaskan bahawa, perkara tersebut tidak sedikitpun akan menggugatkan kestabilan Pemerintahan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini.

Sehingga hari ini, pengurusan pentadbiran yang dipamerkan adalah begitu telus dengan akauntibiliti yang cermat dan tidak berlakunya sebarang salahguna kuasa. Ini juga diperakui oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, melalui titahnya dalam sesi pembukaan Sidang Dun pada Jumaat lalu, bahawa kerajaan Negeri Sembilan, pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Bin Harun adalah sangat cemerlang dengan berusaha mengutip hasil ke paras yang membanggakan iaitu sebanyak 98%.

Kerajaan Negeri Sembilan juga telah berusaha dengan gigih dalam mengawal Covid-19 di samping mengeluarkan peruntukan sebanyak 5 juta Ringgit ke seluruh Negeri Sembilan, melalui ADUN dan Penyelaras Dun.

Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Amninuddin Harun bersama kakitangan awam khususnya ‘frontliner’ di atas kejayaan mencapai Imuniti kelompok di mana seramai 669,260 orang iaitu sebanyak 82.18% telah selesai divaksin. Ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan.

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan berpandangan bahawa, krisis dalaman parti yang sedang melanda Parti KeAdilan Rakyat, Negeri Sembilan ini merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti politik sekalipun. Diharapkan agar, krisis ini dapat diselesaikan dengan harmoni dalam suasana kekeluargaan sesegera mungkin agar fokus utama Kerajaan Negeri hari ini untuk mensejahterakan rakyat tidak akan terpesong jauh.

SEKIAN.

*MOHD HANIS ALIMIN*
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Negeri Sembilan


No comments: