NORMAN RADZUAN
Siri akhir ini saya akn bercerita mengenai masa depan
Afghanistan dibawah pimpinan Taliban. Amerika dikhabarkan telah membeku aset
Afghanistan, jadi mampukah Taliban utk membangunkan atau menguruskan sebuah
negara dlm keadaan aset dibekukan? Menurut IMF rizab kasar aset Afganistan yg
dibekukan di Bank Pusat berjumlah RM39 billion.
Sebelum kita lanjutkan, ada yg bertanya kenapa Amerika menawan
Afghanistan. Adakah hanya kerana hak asasi wanita diperjuangkan?Tentu bukan,
tahukah anda Afghanistan kaya dgn sumber alam seperti tembaga, batu bara,
merkuri, emas dan byk lagi yg dianggar bernilai RM 4 trillion.
Selain daripada itu kedudukan negara ini yg strategi
bersempadanan dgn negara seperti China, India, Pakistan, Iran, Tajikistan,
Uzbekistan dan Turkmenistan.
Berbalik isu pembekuan aset Afghanistan. Jadi apa masa depan
Afghanistan? China, Russia dan Pakistan dikhabarkan telah menghulurkan tangan
utk membantu membangunkan ekonomi Afghanistan.
Cuma saya agak steptikal dgn komitmen China. Perlu kita tahu
China memang dikenali bijak mengambil peluang apatah lagi melihat kekayaan
sumber alam negara ini mampu memberi pulangan yg baik kpd pelaburan mereka.
Presiden Russia pula, Putin dikhabarkan serius utk menarik Afghanistan
bergabung dlm blok perdagangannya yg dinamakan Eurasian Economic Union.
Apa yg kita harapkan pemimpin Taliban 2.0 perlu berhati hati.
Kita bimbang keluar mulut buaya masuk mulut harimau melalui penjajahan ekonomi.
Langkah segera China dan Russia utk mengambil hati Taliban dgn mengekalkan
pejabat kedutaan mereka. Malah kerajaan China mengarahkan rakyat mereka di
Afghanistan berpakaian secara Islamik.
Bijak..bangsa Cina bab berniaga sukar ditandingi. Teringat saya
seorang rakan di KL berbangsa Cina yg mempunyai rangkaian perniagaan di
Indonesia. Dia bercerita mengenai peristiwa ala 13 Mei yg berlaku di Indonesia.
Ketika rusuhan Mei 1998 di Jakarta kedainya antara terselamat
dari dipecah atau dibakar. Dia memberitahu rahsianya ketika itu di pintu
kedainya dia meletakkan ayat2 suci Al Quran...lucu dan bijak strategi
perniagaannya.
Bagaimana dgn pendekatan dasar luar negara terhadap Taliban 2.0?
Jika kerajaan Afghanistan dpt dibentuk semula, sebaiknya kita menjalinkan
hubungan diplomatik dgn negara tersebut kerana byk peluang pelaburan yg boleh
diambil dan diterokai di sana.
Negara kita tersepit dgn persepsi yg dilakukan media barat
selain hubungan diplomatik negara kita dgn negara barat. Sebab itu kita dilihat
mengambil jalan berkecuali terhadap isu Afghanistan.
Ini kerana imej Taliban sudah teruk dimanipulasi atas kesilapan
Taliban 1.0 dan juga propaganda barat. Hingga org Melayu jika marah harga mahal
menyebut 'harga mcm Yahudi' dan jika marahkan AJK Masjid mereka akn menyebut
'perangai macam Taliban'
Sebenarnya imej Islam bukan sahaja teruk kerana agenda
propaganda barat tetapi ditambah sikap umat Islam sendiri. Kita ambil contoh
umat Melayu di negara kita. Ada yg kononnya berjuang utk agama tetapi kerjanya
mengkafirkan sesama Islam. Malah berperanan melahirkan perasan benci kpd kaum
lain.
Sebab itu puak ini juga dipanggil ‘perangai mcm Taliban 1.0’.
Ekstrimis dan membawa Islam cara sempit. Mereka hanya obses memandang agama
sebagai hukum hakam yg ketat berbanding sebagai panduan kehidupan.
Kita jgn sibuk bicara soal polisi Islam apabila kita masih
bertelagah siapa yg boleh dijemput ke majlis Iftar. Ada sebab masjid dinamakan
rumah Allah dan bukannya rumah manusia. Ini kerana pintunya terbuka utk sesiapa
termasuklah pendosa seperti kita. Ia sesuai dgn ajaran agama ini iaitu Islam
rahmat utk semua.
Umat Melayu di negara kita membawa Islam cara pemikiran yg
sempit. Malay first, Muslim second. Jgn kita hanya berpihak kpd sebangsa dan
seagama sahaja tetapi membisu apabila hak golongan lain kita tidak memperdulikan
mereka. Islam mesti adil kpd semua kaum. Sebab itu kaum lain di negara kita
tidak berminat dgn Islam.
Undang2 Islam sepatutnya tidak dilihat dari segi undang2 sahaja
sebaliknya fokus kpd nasihat dan petunjuk kpd manusia. Dlm erti kata lain
syariah itu bukanlah bersifat kuasa tetapi pembimbing manusia. Contoh solat
lima waktu satu kewajipan tetapi bukan tugas kita menghukum kpd mereka yg
enggan berbuat demikian.
Di barat Ulama dan org Islam di sana membawa Islam dgn akhlak
dan keterbukaan. Disebabkan itu di barat walaupun propaganda utk melahirkan
persepsi negatif terhadap Islam kuat dimainkan oleh media massa tetapi sejak 30
tahun lalu kemasukkan umat Islam di Eropah dan Amerika meningkat 300%.
Ia jauh berbeza dgn negara kita yg kononnya sebuah negara Islam.
Ini kerana seperti saya sebutkan di atas, umat Islam di negara kita telah
membuatkan kaum2 lain merasakan Islam ini tidak adil, perkauman dan ekstrim.
Kita jgn ulangi ideologi ekstrimis Taliban 1.0.
Jerman adalah negara yg paling ramai penduduknya memeluk agama
Islam di Eropah. Ada mengatakan lebih 5 juta umat Islam di negara tersebut. Ia
diikuti France dan Britain. Di Britain juga begitu byk gereja telah bertukar
menjadi masjid.
Kita kena rajin membaca, duduk dgn cerdik pandai walaupun kita
tidak pandai, berfikir dan travel. Bak kata org Melayu jgn duduk di bawah
tempurung. Barat kata Taliban militan kita pun percaya bulat2. Pemimpin kata
Cina Dap akn kristiankan Malaysia kita percaya bulat2.
Org Melayu ini sejarah negara sendiri pun dia keliru dan byk tak
tahu sb dia malas berfikir dan ambil tahu. Kalau tak percaya cuba secara
spontan tanya mereka nama negeri2 Melayu tidak Bersekutu, negeri2 Melayu
Bersekutu dan negeri2 Selat...confirm mereka samada tak tahu atau tidak pasti.
Jadi jgn hairan jika mereka keliru bagaimana utk membawa agama
Islam, mereka keliru isu politik luar negara dan mereka keliru apabila
diperbodohkan pemimpin Melayu yg kononnya berjuang utk bangsa dan agama.
Saya sgt mengingati hadis ini. Sabda Baginda di akhir zaman,
“Akn tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu org berbohong dianggap
jujur. Org jujur dianggap bohong. Org amanah dianggap pengkhianat.” Jelas ia
berlaku di depan mata kita skg. Cuma org Melayu tak mahu berfikir utk melihat
pembohongan pemimpin2 Melayu ini.
Akhir kata penulisan 3 siri mengenai Taliban 2.0 ini adalah
pandangan peribadi saya. Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju dgnnya.
Wasallam dan terima kasih sudi membaca.