RUU 355 MACAMANA ?

 

Kawal pengembangan agama bukan Islam antara 4 RUU Syariah baharu digubal, kata Ahmad Marzuk




Ahmad Marzuk Shaary berkata, penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah 2020 hingga 2025. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam antara empat akta baharu yang akan digubal untuk memperkasa perundangan syariah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, RUU bersabit pengembangan agama bukan Islam sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah selama lima tahun, dari 2020 hingga 2025.

“Dalam pelan pemerkasaan ini, kerajaan bercadang menggubal 11 Undang-undang Syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan lapan Undang-undang Syariah subsidiari,” beliau memberitahu Harakah.

Marzuk bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, termasuk keperluan rang undang-undang berkenaan.

FMT sedang berusaha menghubungi beliau untuk mengulas lanjut.

Marzuk berkata, selain RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, tiga lagi undang-undang Syariah yang akan digubal adalah RUU Wakaf, RUU Mufti dan RUU Mahkamah Syariah.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut,” tambah beliau.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sekian lama, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

No comments: