Dapat surat berhenti kerja 4 hari selepas PKP2.0, lelaki ini kongsi perasaannya

 

Dapat surat berhenti kerja 4 hari selepas PKP2.0, lelaki ini kongsi perasaannya

Apa perasaan anda bila dapat email ini dalam inbox? Terkejut? Takut? Keliru? Gelap masa depan?

Secara tiba-tiba dunia rasa gelap; segala nikmat dunia tiba-tiba hilang. Terbayang wajah isteri, wajah anak-anak kecil. Nanti hendak bagi makan apa bulan depan. Kereta pulak belum habis bayar, rumah pun ada baki 20 tahun lagi.

Ibu bapa di kampung siapa nak tanggung? Duit study universiti nak bayar macam mana? bil elektrik, air semua bermain di kepala. Kalau anak sakit tak ada lagi insuran kesihatan. Tiba-tiba rasa sesak dunia, dada kian menghimpit.

Kemelesetan ekonomi itu benar, bukan perkara main-main. Ribuan di buang kerja hari-hari tapi tak ada siapa yang peduli. Menteri kata impak PKP kecil. Ya kecil bagi menteri gaji ratusan ribu. Belum campur elaun bawah meja.

Mana agamawan yang sibuk sana sini menjanjikan rahmat tuhan di sebalik pengkhianatan? Yang gajinya sendiri di bayar oleh duit pembayar zakat tapi dia tidak amanah dengan ilmu.

Mereka bukan kisah rakyat kelaparan, yang mereka kisah kalau jawatan hilang. Mereka tidak kenal apa itu amanah, yang mereka kejar adalah ghanimah.

Anak-anak kecil bersusah payah belajar online, berkongsi tablet, telefon untuk mencari ilmu, tapi ahli parlimen boleh pula makan gaji buta sengaja di gantung dewan yang mulia. Kononnya nanti penyakit tersebar, tapi parlimen gantung kenapa ada MP yang masih terjangkit bala?

Benarlah kata Tuhan, tiada kebaikan dalam pengkhianatan. Sempurnakanlah perjanjian, kerna setiap yang berjanji itu kelak akan di tanya.

Mujurlah saya cepat sedar, penerima waitikah mohd mukhlis ini bukan saya. Nampak Allah masih bagi saya peluang, cuma mungkin peringatan untuk hambanya. Yang bala kalau datang, kelak terkena ke seluruh alam, tak kira alim atau pun petualang.

Untuk the other mohd mukhlis; moga Allah permudahkan urusan saudara. Allah menguji hamba sekadar dengan kemampuan mereka.

WAllahualam.

P.S email ini salah masuk ke dalam inbox saya, saya dah reply kata yang mereka salah hantar email ke mohdmukhlis yang lain. – GD