Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid gembira kerana pengkhianatan Langkah Sheraton telah berjaya mengasingkan pemimpin yang jijik akhlaknya serta mengkhianati mandat rakyat, meninggalkan KEADILAN.
Katanya, dengan pemergian para pemimpin yang berpura-pura berjuang untuk rakyat itu dan sebahagian besarnya dari Selangor maka KEADILAN negeri itu akan lebih kukuh dan teguh.
KEADILAN juga tidak menghadapi banyak masalah di Selangor kerana rakyat menerima baik pelbagai skim merakyatkan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak 12 tahun lalu.