WFAUZDIN NS
Mungkin walaun2 pas yg baru nak up tidak tahu sejarah Hadi. Sejarah Hadi dlm tragedi memali ada kaitan dgn amanat Hadi. Apa yg terkandung dlm amanat hadi?
Dalam amanat Hadi disebut dengan maksudnya bahawa “Pas menentang Umno adalah kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah (kafir). Jika mati di dalam menentang Umno itu maka mati syahid”.
Ertinya, perlembagaan sekarang ini bagi Pas adalah perlembagaan kapir. Menentangnya adalah jihad dan boleh mati syahid macam Ibrahim Libya di Memali.
Itu sejarahnya. Tiba2 sekarang Hadi kata Pas menentang Dap kerana kononnya Dap cuba untuk mengubah perlembagaan yg Hadi kata kapir dulu. Eh, mengapa sekarang begitu pertahankan perlembagaan kapir? Apa bezanya kamu dulu menentang perlembagaan sampai ada yg mati tak bermandi dan berkapan kerana melawan puak2 yg berpegang kpd perlembagaan kapir?
Apakah sekarang perlembagaan itu telah menjadi perlembagaan Islam sebaik saja Pas bersekongkol dengan pengkhianat untuk menjadi kerajaan tebuk atap?
Satu lagi bukti dan dalil Pas menjual agama. Satu lagi dalil menunjukkan amanat Hadi itu penipu besar hanya kerana untuk menjadi pemecah belah umat Islam sehingga berlakunya solat dua imam dan sembelihan orang Umno haram dimakan.
Pas akan ubah hukum ikut kepala otak Hadi. Untung kepada dia, halal. Jika rugi kepada dia hukumnya haram. Jatuh kerajaan Pas kerana khianat seperti di Perak dulu, maka hukum kerja khianat itu haram. Tapi bila dia nak jadi menteri dan berada dalam kerajaan, hukum khianat itu halal dan wajib disokong seperti Pas berada dalam kerajaan sekarang.
Semoga walaun tidak terus diperbodohkan oleh lebai Hadi.