MGF060320_MAJLIS-APRESIASI-KPDNHEP_04-681x454
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MAC 2020.
PULAU PINANG – Masa bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengajar kami untuk mengelak daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama banyak kali, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Walau bagaimanapun, Saifuddin juga tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kerjasama dengan Dr. Mahathir atau mana-mana pihak pada masa akan datang bagi mencukupkan Ahli Parlimen dalam pembentukan kerajaan.
Ketika menerima wawancara Kwong Wah Yit Poh, Saifuddin berkata, dalam mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan Warisan di ibu pejabat PKR pada awal bulan ini, Dr. Mahathir mengakui bahawa beliau tidak menyerah kuasa kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim berasal dari parti multirasial.
“Dr. Mahathir berpendapat seseorang harus memenuhi dua syarat untuk menjadi PM. Pertama, dia harus orang Melayu dan kedua, berasal dari parti Melayu. Pandangan ini telah tersimpan dalam genetik beliau.
“Inilah sebab Dr. Mahathir enggan menyerah kuasa kepada Anwar dan sebab PKR tidak menyokong Dr. Mahathir menjadi PM sekali lagi,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.
Saifuddin berkata, beliau sedar bahawa ramai penyokong PKR resah dan berharap parti segera memegang semula kuasa pentadbiran melalui rundingan dengan parti lain.
“Saya faham keresahan penyokong kami dan secara umumnya ada dua suara. Selain mahu Pakatan Harapan (PH) dapat berkuasa semula, ada juga yang berpendapat biarlah kerajaan yang dibentuk itu kukuh dan stabil dengan kerusi yang mencukupi,” katanya.

Beliau menasihatkan para penyokong PKR agar bersabar kerana proses pemulihan kuasa daripada Perikatan Nasional perlu dijalankan secara berhati-hati.
Mengenai kerjasama dengan Dr. Mahathir, Saifuddin berkata ia memerlukan masa sambil mengungkapkan perlu mengelak pisang berbuah dua kali dan mengelak jatuh ke lubang yang sama.