KHALID SAMAD TIDAK PERLU UNGKIT PENGAMPUNAN AGONG JIKA MAHU PERTAHANKAN TUN M


YB Khalid Samad teruk dihentam nitizen apabila cuba mempertahankan Tun M dengan mengungkit kembali pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim.
Ingin kita jelaskan, mendapatkan pengampunan Agong terhadap Anwar Ibrahim adalah salah satu yang kita janjikan sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Ini adalah untuk memungkinkan Anwar diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M. Bukan kerana jasa dan kehendak peribadi jauh sekali kerana kebaikan Tun M. Ertinya, jika kita berjaya mendapatkan kuasa di Putrajaya, sesiapa pun PM dari PH akan berbuat demikian kerana itu adalah janji kita kepada rakyat. Kebetulan Tun M adalah PM sementara yang kita pilih. Untuk makluman juga, pengampunan Agong ini bukan hanya dilakukan oleh PM seorang tetapi ada lembaga pengampunan atau badan tertentu dibentuk untuk proses ini.
Tidak perlu Khalid Samad ungkit cerita sedemikian kalau pun Khalid Samad telah kekeringan hujah untuk mempertahankan Tun M. Kalau kita mahu ungkit, lagi banyak Tun M makan jasa daripada beliau berjasa. Jasa beliau paling besar kepada kita adalah meletakkan jawatan PM dan kini mahu ambil semula.
Saya rasa adalah wajar Khalid Samad konsisten dengan hujahnya bahawa untuk mendapatkan mandat rakyat, tiada orang lain yang layak dan dapat sokongan Ahli Parlimen, kecuali Tun M. Kekalkan hujah itu lebih baik daripada mengungkit perkara yang bukan-bukan dan tiada kaitan pun.
Sekarang tanpa sokongan Anwar, Tun mungkin telah cukup jumlah dan eloklah segera jumpa Agong agar Khalid boleh jadi menteri semula dengan cepat.
WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


No comments: