KENAPA ANWAR BERKERAS HENDAK ADAKAN UNDI PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI ?







Kenapa Anwar berkeras hendak adakan undi percaya terhadap Perdana Menteri?

Jawapan pendek adalah kerana itu adalah perkara yang sepatutnya di lakukan oleh mana-mana Perdana Menteri untuk membuktikan keabsahan di Parlimen.

Kedua untuk mengangkat institusi parlimen tersebut dan bukan sekadar rubber stamp. Ingat 17 bulan masa Muhyidin jadi Perdana Menteri, sudah la tiada keabsahan, siap buat darurat hanya kerana tak cukup nombor, lepas darurat kes Covid makin naik. Bila YDPA suruh buka parlimen dia dan kabinetnya derhaka. Lepas itu ada hati hendak kritik kata Anwar tak ada keabsahan; sungguh ironis. Dah la dalam masa tersebut, banyak perbelanjaan berbillion di lulus di luar parlimen.

Lagi satu hendak bawa politik islah satu perkara yang susah sebab kita kena buktikan dengan perbuatan yang kata-kata kita selari. Bila Anwar pernah kritik Muhyidin tak ada keabsahan, maknanya Anwar perlu membuktikan yang dia berbeda dari predecessor. Benda ini sesetengah orang nampak kecil, tapi bagi mereka yang ikut undang-undang, ini adalah satu kebanggaan. Contohnya kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu berpuluh-puluh tahun dengan cara yang betul, dengan sabar walaupun ada orang lain dapat dengan cara menipu. Bila kita dapat benda itu, sudah tentu kita akan rasa bangga.

Sebab ikut kalau kita telusuri ada satu ceramah Anwar waktu kempen, dia ada sebut yang dia hendak jadi role model seorang Melayu dan Muslim yang baik, yang mana orang bukan Islam boleh lihat oh rupanya masih ada lagi orang Melayu Islam yang jujur dan berkempen tidak menyentuh isu perkauman dan agama yang sempit.

Sebab itu bila orang sindir Anwar PM tepi, dia tidak terkesan sebab bagi dia tidak guna jadi Perdana Menteri kalau tidak pertahankan prinsip hidup; dia tidak curi duit rakyat ataupun kayakan kaum keluarga.

Cerita pasal prinsip ini, tak ramai orang yang tahu hargai nilai dan harga sebuah prinsip dan integriti. Sebab itu ucapan Anwar 11 tahun lepas dan sekarang tidak banyak beza, intipatinya masih sama; anak muda kena ada prinsip dan dia istiqamah tentang perkara ini.

"Fight them, and fight them hard. Power? U dont have. Wang? U dont have. What do you have? Integriti. U ada maruah, u ada jiwa, u ada semangat"

Lepas itu dia memetik kisah pemuda Ashabul Kahfi yang lari dari pemerintah yang zalim demi untuk menyelamatkan iman yang mana gist kisah tersebut adalah pergantungan pada Allah SWT. Tidak ramai dari kita yang boleh mentadabur Al-Quran, lagi sedikit yang mempraktikkan apa yang di ajar dalam Al-Quran.

Andainya dia bengkok dalam masa 11 tahun, sudah tentu jutaan rakyat tidak akan ikut dia.

https://www.youtube.com/watch?v=LPSzauPEYlQ

Undi percaya dan tidak percaya juga adalah satu peringatan untuk mana-mana Perdana Menteri supaya sentiasa beringat yang kuasa yang Allah pinjamkan itu adalah amanah dan bukannya ghanimah. Jadi bila mereka buat apa-apa keputusan, rakyat perlulah di utamakan dan bukannya cukong-cukong.

Setiap perkara sudah tentu ada risikonya, kalau Anwar tewas undi percaya nampaknya Perdana Menteri baru lain akan naik, tetapi jika itu takdir Allah, biarkah sahaja ia berlaku. Mungkin ada kebaikan dan ibrah daripada peristiwa tersebut.