]
PRN Johor: 5 pusat mengundi ditutup
Pusat mengundi terletak di lima pulau itu ditutup antara 11 pagi hingga 2 petang tadi.

PETALING JAYA: Balai Raya Pulau Besar di Mersing menjadi pusat mengundi PRN Johor pertama ditutup.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tenggaroh, Jamil Hasni Abdullah, berkata pusat mengundi yang mempunyai satu saluran dan 32 pengundi itu ditutup 11 pagi, selepas dibuka tiga jam untuk proses pengundian.
“Pusat mengundi di Balai Raya Pulau Aur dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil pula ditutup pada 12 tengah hari, manakala Balai Raya Pulau Sibu serta SK Pulau Tinggi pada 2 petang,” katanya kepada Bernama.
Semua pusat mengundi di lima pulau berkenaan melibatkan 690 pengundi berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan 42.16% atau 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah keluar mengundi setakat 1 tengah hari.
Proses pengundian dijadualkan berlangsung hingga 6 petang.
No comments:
Post a Comment