LANGSUNG: PH-BN saing sengit di kubu kuat DAP Johor Jaya
Tumpuan kini terarah kepada parti mana bakal mendapat mandat baharu untuk mentadbir Johor.

Ia menandakan bermulanya proses pengiraan dalam menentukan parti bakal mendapat mandat baharu untuk mentadbir Johor.
Berdasarkan pengiraan undi awal, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendahului di beberapa kerusi.
Berdasarkan perkongsian terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi 67.44% membabitkan 1.8 juta pengundi.
Seramai 2.73 juta orang layak mengundi dalam PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran DUN pada 1 Jun.
Selain BN dan PH, PRN Johor juga ditandingi Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Muda, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan bebas.
Ikuti liputan langsung FMT yang akan membawakan perkembangan terkini PRN Johor.
Laporan FMT disediakan wartawan Minderjeet Kaur, Faiz Zainudin, Mohamad Fadli dan Nur Alif Hazmi.
Turut berada di lapangan jurugambar Muhammad Fauzi Md Yunus, Mohd Afizi Ismail, Muhammad Rabbani Jamian dan Moganraj Villavan.
- BN mendahului di Tangkak dengan lebih 6,800 undi.
- BN mendahului di Tangkak dengan lebih 8,000 undi.
- BN mendahului di Pekan Nanas dengan lebih 7,600 undi.
- PH mendahului persaingan sengit dengan BN di Johor Jaya. PH mendapat 12,640 undi, manakala BN mengekori dengan 12,072 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
- BN mendahului di Paloh dengan lebih 3,000 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
- PH mendahului di Bentayan dengan lebih 9,000 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
- PH mendahului di Perling dengan lebih 10,100 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
- PH mendahului di Skudai dengan lebih 2,300 undi.
- PH mendahului di Stulang dengan lebih 3,800 undi.
- BN dan PH bersaing sengit di Jementah. PH menang kerusi ini pada 2022.
- PH mendahului saingan sengit dengan BN di Johor Jaya. PH memperoleh 8,733 undi, manakala BN meraih 8,503 undi. PH menang kerusi ini pada 2022.
- PH mendahului di Mengkibol dengan lebih 8,000 undi.
- BN mendahului di Buloh Kasap dengan lebih 5,200 undi.
- BN mendahului di Sungai Balang dengan lebih 3,200 undi.
- BN mendahului di Serom dan Sri Medan dengan lebih 4,000 undi. Kedua-dua kerusi itu dimenangi BN pada 2022.
- BN mendahului di Serom dengan lebih 4,500 undi.
- PH mendahului di Bukit Naning dengan lebih 1,000 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
- BN mendahului di Bekok dengan 5,913 undi.
- BN mendahului di Johor Lama dengan 8,187 undi.
- BN dan PH bersaing sengit di Bukit Permai. Kerusi ini dimenangi BN pada 2022.
- PH mendahului di Tiram dengan lebih 1,500 undi. BN menang kerusi ini pada 2022.
- BN mendahului di Tenggaroh dengan lebih 5,800 undi.
- PH mendahului di Bentayan dengan lebih 4,000 undi.
- Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dakwa BN menang besar di semua saluran tentera.
- BN mendahului di Bekok dengan lebih 3,000 undi.
- BN dan PH bersaing sengit di Mengkibol serta Tangkak, kedua-dua kerusi itu dimenangi PH pada 2022.
- BN mendahului di Yong Peng dengan lebih 2,600 undi.
- BN mendahului di Pekan Nanas dengan lebih 1,700 undi.
- PH mendahului di Bentayan dengan kira-kira 1,000 undi.
- BN mendahului di Mengkibol dengan lebih 2,000 undi.
- PH mendahului di Skudai dengan lebih 1,500 undi.
- PH mendahului di Penggaram dengan lebih 1,200 undi.
- BN mendahului di Mahkota dengan lebih 3,400 undi.
- PH mendahului di Perling dengan lebih 1,400 undi.
- Umno dakwa BN mendahului di 41 kerusi, manakala PH mendahului di sembilan kerusi. Majoriti mudah 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan Johor, manakala majoriti dua pertiga ialah 39 kerusi.
- BN mendahului di Tenggaroh dengan kira-kira 2,165 undi.
- BN mendahului di Bekok dengan lebih 1,000 undi. Pada 2022, BN menang kerusi ini.
- BN mendahului di Jementah dengan kira-kira 656 undi.
- BN mendahului di Paloh dengan kira-kira 1,244 undi.
- Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dakwa BN mendahului di 33 kerusi.
- BN mendahului di Mahkota dengan kira-kira 1,100 undi.
- BN mendahului di Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Permas, Kempas, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu, Senai dan Pulai Sebatang.
- PH mendahului di Stulang, Jementah, Pekan Nanas, Johar Jaya dan Senai, manakala BN mendahului di Skudai, Bukit Permai, Mengkibol, Paloh, Perling, Tangkak, Bentayan serta Bekok berdasarkan kiraan undi awal tidak rasmi.
- BN terima 1,348 undi manakala PH 387 di Johor Jaya, kerusi itu dimenangi PH menerusi DAP pada PRN 2022.
- BN mendahului di Gambir, Buloh Kasap, Kemelah, Bukit Kepong dan Semarang.
- BN mendahului di Jementah, Tangkak, Bentayan dan Mengkibol yang kesemuanya disandang DAP.
No comments:
Post a Comment