Setakat pukul 4 petang, seramai 63.13 peratus atau 1,693,625 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan DUN Sri Medan, masing-masing mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 72.6 peratus dan 71.6 peratus, diikuti DUN Sedili pada kadar 70.5 peratus.
DUN Perling dan Bentayan mencatat peratus keluar mengundi paling rendah iaitu pada kadar 56.1 peratus, diikuti DUN Penggaram 56.5 peratus.
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 49.63 peratus atau 1,277,931 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.
Peratusan keluar mengundi keseluruhan pada PRN 2022 ialah 54.92 peratus.
No comments:
Post a Comment