LANGSUNG | Kadar mengundi di kubu BN lebih tinggi dari kawasan PH


Pusat pengundian telah ditutup, dan tiba masanya untuk mengira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Malaysiakini membawakan anda keputusan secara langsung.


ADS

6.50 petang: BN mendakwa bahawa ia mendahului dalam 41 daripada 56 kerusi di mana undi mula dikira mengikut keputusan tidak rasmi.

Seterunya, PH, mendahului dalam sembilan kerusi, menurut kiraan tidak rasmi dari bilik gerakan BN Johor.

Sorakan Maju Johor kedengaran daripada ahli Umno apabila setiausaha agung parti, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut kiraan tidak rasmi daripada sumber lain, BN nampaknya mendahului termasuk di kubu kuat PH seperti Mengkibol, Johor Jaya dan Bentayan.

Bentayan dan Mengkibol adalah antara kerusi yang BN kalah dalam tsunami politik 2008 apabila gabungan pemerintah ketika itu kehilangan kawalan ke atas lima negeri buat kali pertama dalam sejarah.





No comments: