KES SOLAR HYBRID FLOM-CERITA PALING MUDAH UNTUK DIFAHAMI

KES SOLAR HYBRID FLOM

 

Hari ni saya akan mula update kes solar hybrid Datin Seri Rosmah Mansur. Kita codingkan FLOM la ya. Sebab pertama kali dalam sejarah Malaysia, isteri PM declare diri sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM).

 

LATAR BELAKANG KES

 

1. Kes ini berkaitan dengan Projek Hybrid Solar Sekolah2 Sarawak. Nilai projek: RM1.25bilion.

 

2. FLOM kena tuduh dengan 3 pertuduhan:

(i) Minta rasuah sebanyak RM187.5juta

(ii) Terima rasuah sebanyak RM5juta (tahun 2016)

(iii) Terima rasuah sebanyak RM1.5juta (tahun 2017)

 

3. Rasuah ini diminta kerana FLOM tolong satu syarikat namanya, Jepak Holdings. Senang cerita, RM6.5 juta yang diterima FLOM ialah sebagai komisyen sebab bantu depa ni menang tender.

 

4. FLOM dituduh bawah Akta SPRM, Seksyen 24. Kalau bersalah boleh kena penjara sampai 20 tahun dan kena denda sampai 5 kali nilai rasuah. Maknanya, FLOM boleh kena denda max RM32.5juta.

 

PERJALANAN DAN INTIPATI KES

 

5. Kes mula tahun 2018. Hakim dia namanya Hakim Zaini. Pendakwaraya (DPP): bekas Hakim Gopal Sri Ram. Peguambela FLOM, namanya Datuk Jagjit Singh dan Datuk Alberdin.

 

6. Kes berjalan 44 hari, DPP panggil 23 orang saksi. Peguam FLOM hanya panggil 2 saksi.

 

7. Kes pendakwaan ada saksi utama atau omputih cakap Crown Witness. Dia ni memula kena tuduh sekali dengan FLOM, lepas tu dia bersetuju jadi saksi pendakwaan sebab katanya dia hanya terima arahan. Crown witness ni namanya Rizal Mansor, pegawai khas FLOM sendiri.

 

8. Dia cakap dia deal dengan syarikat Jepak ni bagi pihak FLOM. Duit rasuah pun dia bagi di rumah FLOM di Seri Perdana dan Jalan Duta. Ada ketikanya dia serah sekali dengan director syarikat.

 

9. Ada 2 saksi pendakwaan juga dipanggil. Satu Menteri dan satu lagi KSU Kementerian Pendidikan. DS Madhzir Khalid dan TS Madinah Muhammad. Dua2 sahkan yang mereka terima panggilan dan arahan daripada Rosmah untuk percepatkan kelulusan projek solar tu. Jadi DPP berjaya masukkan bukti adanya campur tangan FLOM di situ.

 

10. Pembelaan FLOM lemah sekali. Dia bela diri sendiri. Dia kata pegawai khas dia menipu dan tidak boleh pakai. Banyak masalah pula. Dia jugak kata dia isteri yang baik dan takkan campur urusan laki dia.

 

11. DPP jawab, kalau dia bermasalah, kenapa FLOM bagi Rizal, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dapat jadi Dato’ pula.

 

12. FLOM patutnya panggil PM6 jadi saksi, tapi last minute cancel pulak. Tapi untuk tunjuk yang FLOM kawal laki dia, video “can I advise you something” tu pun DPP bawak masuk, bagi Mahkamah dengar.

 

GAME PLAN

 

Patutnya, keputusan kes ni ditetapkan pada 7 Julai lagi. Tapi FLOM mintak tunda ke 1 September, Mahkamah tetap bagi muka. Sementara tu, dia masukkan macam2 permohonan la. Nak DPP Gopal Sri Ram tarik diri, sampai beberapa kali. Semua ditolak Mahkamah kerana tiada merit.

 

Alih2 seminggu lepas, Raja Petra Kamaruddin keluar pulak posting. Katanya keputusan kes secara bertulis bocor pada dia. Siap cakap yang tulis tu orang ketiga. This is too familiar! Mereka pakai MO sama, macam laki dia.

 

True enough, semalam mereka masukkan permohonan nak suruh Hakim tarik diri. Ni lagi sehari nak umum keputusan kes ni. Banyak cantik!

 

Kali ni Mahkamah tak bagi muka. FLOM kena juga dengar keputusan kes pagi ni jam 9. Sama2 kita nantikan.

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


No comments: