Pengulas sukan diugut, polis sahkan terima laporan

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 sebelum membuat laporan polis. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu di media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan dibuat pada pukul 1 pagi tadi, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 dan beliau membuat laporan kerana ia mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.


No comments: