MUDAH SAJA ...PAS SAMA BERSATU..BERSATU TU PENGKHIANAAT DARI UMNO- PAS AKAN LAWAN PH DAN UMNO...MUDAH SAJA...TU PUN TAK RETI...

 

‘Tunjuk siapa lawan, siapa kawan’, Pemuda beritahu pemimpin PAS





Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari bercakap di hadapan perwakilan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63 di Alor Setar.

ALOR SETAR: Sayap pemuda PAS menggesa kepimpinan parti segera memuktamadkan pembahagian kerusi dan calon agar jentera akar umbi jelas siapa lawan dan kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bercakap di hadapan perwakilan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63, ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata jentera anak muda sedang menanti arahan dan isyarat pimpinan untuk bergerak melawan musuh.

“Biar jelas siapa boleh dihadap, siapa boleh dibuat kawan. Jangan nanti tabuh berbunyi, baru keris mahu diasah, baru tanjak mahu dicari.

“Gelanggang telah lama ditari musuh, rentak dan gendang sudah lama beraksi, anak muda kita sedang menunggu arahan pimpinan, sebarang isyarat dan arahan akan kami junjung atas batu jemala kami,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sementara itu, Fadhli berkata pendirian Pemuda PAS tetap bertegas tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU15.

“Kerosakan yang dilakukan PH selama 22 bulan mereka berkuasa juga tidak boleh dinafikan, dan kesannya masih dirasai rakyat sehingga kini.

“Kami ingin berpesan kepada anak muda, pastikan peristiwa hitam PH memerintah negara yang menyaksikan tunjang negara hampir dirobekkan dengan pendirian negara terhadap ICERD, tidak akan berulang lagi,” katanya.

“Biarlah peristiwa hitam itu kekal sebagai peringatan dan tidak akan diulang kesilapan sama.”

Sejak Selasa lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin “diasak” pemimpin PAS selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan “terbuka” kepada kerjasama dengan parti lain, termasuk PH untuk memastikan Umno-Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU15.

PAS menganggap PH, khususnya DAP, sebagai seteru politik utamanya.

No comments: