Hampir sebulan, prestasi kerajaan Mail teruk
Malaysia masih di tangga 115 daripada 120 negara di dunia (kelima tercorot) dari segi pengurusan wabak, pemberian vaksin dan pemulihan sosial.
Ini adalah penilaian bulanan agensi bertauliah antarabangsa (Nikkei) kepada prestasi kerajaan “lama” sebelum ini dan minggu-minggu pertama kerajaan “baru” Malaysia berbanding negara-negara lain di dunia.
Kerajaan “baru” dan Majlis Pemulihan Negara perlu perbaiki prestasi ini supaya kehidupan rakyat dan keyakinan pelabur tidak corot malah berubah menjadi antara yang terbaik dalam tempoh 100 hari (atau 85 hari lagi).