Hebat betul Hamzah Zainudin berbahas di Parlimen semalam. Siap cerita nak besarkan ekonomi negara supaya segala hutang dapat dibayar. Bunyi macam PN dah ada formula luar biasa nak selesaikan hutang negara yang mencecah RM1.38 trilion.
Tapi pelik juga. Kalau dah yakin sangat boleh selesaikan masalah hutang negara, mana Belanjawan Alternatif PN yang lengkap dengan segala kira-kiranya?
Yang menariknya, Hamzah sendiri dalam ucapan semalam kata tugas menyusun dan menyediakan belanjawan ialah tugas kerajaan. Pembangkang pula cukup sekadar bertanya soalan, memberi pandangan dan cadangan.
Eh, senangnya kerja!
PMX bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion, lengkap dengan peruntukan, sumber hasil dan sasaran defisit fiskal 3.3%. Pembangkang pula berbahas panjang, tetapi belum mengemukakan belanjawan alternatif lengkap untuk rakyat menilai sama ada rancangan mereka benar-benar lebih baik.
Bukan tak boleh kritik. Kritiklah sampai pagi. Tapi kalau nak yakinkan rakyat bahawa PN lebih bijak mengurus ekonomi, tunjukkanlah pelan kewangan yang boleh diuji dengan angka.
Nak bayar segala hutang negara bukan kerja kecil. Kena jelaskan dari mana hasil nak datang, perbelanjaan mana nak dipotong dan berapa lama hutang boleh dikurangkan.
Jangan sampai bercakap macam dah ada formula nak selesaikan hutang bertrilion ringgit, tapi nak bentang satu belanjawan alternatif yang lengkap pun masih belum nampak bayangnya.
#AhmadMursi

No comments:
Post a Comment