SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP. SENI POLITIK UMNO BUAT KITA TEWAS


Seni politik UMNO buat kita tewas

Duit masa depan... saat ini sudah di depan

SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP

Semalam dan kali ini dah masuk kali kedua Zahid minta i-Citra RM 10k. Sains Politik atau seni politik pemimpin UMNO saya tabik. Nampak remeh tapi ia berikan impak yg sgt besar.

Ada org berkata mengapa kita perlu ikut cara Najib gula2 kan rakyat ? Saya kata kita bukan ikut cara rasuah Najib tapi kita ikut kemahuan popular org Melayu. Ia sesuatu yg berbeza walaupun ia masih kaitan dgn RM.

Ada org kata kita kena berprinsip. Prinsip apa? Apa salahnya izinkan mereka yg perlukan wang mengeluarkan wang KWSP mereka. Kita kena belajar kejayaan BN selepas tewas kerana apa. Mereka berjaya sb mereka tahu kelemahan dan kemahuan org Melayu.

Kita kena belajar kenapa rakyat menolak PKR hingga dua kali PRN dapat telur ayam dan hilang wang deposit. Semua itu kerana prinsip. Semua itu kerana kita mahu rakyat2 di kampung memahami tentang ekonomi secara akademik.

Reverse psychology adalah yg utama dlm Sains Politik atau seni politik. Kita kena belajar seni politik Erdogan hingga bukan sahaja berjaya meletakkan Turki seperti ala pemerintahan Uthamniah tetapi berjaya meningkatkan ekonomi rakyat negara tersebut.

Selepas partinya gagal Recep Tayyip Erdogan mengubah pendekatan parti AK dgn membuat janji kpd para Jeneral dan rakyat Turki yg masih hidup kebaratan penangan pemerintahan Kamal Artatuk iaitu dia akn mempertahankan sistem sekular. Formulanya berjaya sehingga kini sejak tahun 2002 partinya terus menangi hati rakyat Turki.

Begitulah juga negara sosialis dan komunis meletakkan perkataan demokrasi pada jenama negaranya tetapi mereka tetap melaksanakan pendekatan dictatorship yg memaksa rakyat lebih kejam daripada demokrasi Barat yg liberal. Itu semua utk melahirkan persepsi kpd rakyat dan pelabur2 asing.

Saya pernah menulis bagaimana tektikal atau bahasa kampung penipuan peperangan tentera Parsi menawan Mesir dgn menggunakan kucing kerana Raja Parsi tahu org Mesir menganggap kucing adalah binatang yg mulia.

Dlm buku Art Of War ada menceritakan Jeneral Sun Bin Qi berjaya menggunakan tipu daya dlm operasi ketenteraan kerajaannya. Kedua org Mongol termasuk Chinggis Khan sering melakukan penipuan dlm penaklukan tentera mereka. Art Of War kita boleh kaitkan dgn dunia politik dan perniagaan kerana ketiga2 tiga berkait rapat.

Pemimpin2 BN juga tidak kurang hebatnya. PH semakin lemah apabila rakyat terutama org Melayu hilang kepercayaan kerana 'perang politik' (penipuan dgn melahirkan persepsi).

Bukan kerana PH itu parti korup tetapi BN telah berjaya menyakinkan org Melayu PH ini menipu, dikuasai Cina DAP, menolak RU355. UMNO main sentimen bangsa dan PAS main sentimen agama.

Formula mereka berjaya. UMNO akn sentiasa mencari bola2 tanggung seperti isu KWSP ink utk mereka dilihat sebagai hero Melayu. Dulu digula gulakan dgn BRIM dan kali ini mereka gula2kan dgn KWSP.

Zahid itu Presiden, Tok Mat itu Timbalan, Najib itu bekas Presiden... mereka semua ini boleh ajak PM Mail duduk dkt Coffee House dan arahkan saja. Tapi mereka menggunakan media kerana jika i-Citra 10 ribu dibenarkan... org2 Melayu akn melihat UMNO lah memperjuangkan nasib Melayu.

UMNO sentiasa mengambil peluang sensitiviti dan suatu yg popular di kalangan org Melayu. Kita pula masih bercerita soal projek 5G. UMNO tahu kini mata tertumpu kpd mangsa banjir dan kawasan yg berlaku banjir 80% melibatkan org Melayu.

Kita masih bicara soal akademik. Mengharap kerajaan hulurkan bantuan dan bercerita duit KWSP duit hari tuaDescription: 😂...Cara berfikir begini macam berpolitik minggu lepas. Bukan mereka tak kenal BN... utk rakyat RM 1k utk kroni berjuta juta. Ada antara kita pula bercerita itu wang masa depan hari tua.

Bagi saya skg ini pun ramai yg sudah tidak melihat masa depan. Skg ini... ini lah yg paling ke depan. Ada dibuang kerja kerana pandemik, kini hilang harta benda dan sedikit masa lagi anak mahu ke sekolah. Saat ini duit sgt diperlukan.

Cuba kita tanya kpd mangsa2 banjir adakah saat ini mereka perlukan wang sebanyak RM 10k? Saya jamin 90% akn berkata ya. Saya kenal bangsa saya dan saya tahu sgt kesusahan mereka ketika ini.

Dgn RM 10k mereka mampu menggunakan wang tersebut membaiki kenderaan, membeli pakaian sekolah anak dan membeli keperluan atau barangan dapur yg rosak. Ia sgt besar maknanya kpd mereka.

Saya masih hairan susah sgt ke pemimpin2 PH bersuara utk bantu mereka yg terdesak. Esok bila kalah PRU dan hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen barulah mereka kambing hitam org2 tertentu dan kata org Melayu termakan fitnah. Sejak bila pembangkang tak difitnah dan diberi keadilan???

 

No comments: