PERMUDAHKAN


Hari itu, saya dan ramai lagi di kalangan kita cadangkan penggunaan drones untuk tinjau kawasan banjir dan selamatkan mangsa. Lepas 4 hari, keluar dalam paper Kerajaan akan guna drones. Ok lah, better late than never. Yang baik kita puji.

Sekarang era pasca banjir, lagi banyak kerja yang perlu dibuat. Pohon Kerajaan boleh juga pertimbangkan cadangan berikut untuk mudahkan rakyat:

1. Boleh buka kaunter polis, BSN dan agensi Kerajaan di semua PPS untuk terus proses bantuan tunai Kerajaan.

Mereka ni dah kehilangan kereta dan harta benda. Nak ke Balai Polis pun satu hal. Kalau Kerajaan boleh bantu senang kan proses mendapatkan bantuan tunai, ni dapat meringankan beban.

2. Claim insurans kereta yang total loss. Ramai yang keliru dan tidak tahu. MOF atau BNM yang menyelia syarikat insurans boleh tolong keluarkan kenyataan dan penjelasan. Apa yang nak dibuat.

3. Kalau tak layak dapat insurans, harap Kerajaan boleh pertimbangkan untuk arahkan pihak Bank bagi interest rendah atau syarikat kereta bagi diskaun tertentu bagi mangsa banjir untuk dapatkan kenderaan baru.

4. Kontraktor tempatan dan persatuannya mungkin boleh promosikan perkhidmatan dengan diskaun tertentu bagi mangsa banjir bina kembali rumah. Atau perbaiki kerosakan. Boleh senaraikan khidmat di PPS. Senang orang kampung nak hubungi.

5. Kerajaan perlu lebih rapat dengan NGO. Jadi kan mereka kawan rapat. Jangan disisihkan. Ramai yang nak membantu tapi tiada penyelarasan.

Kalau tiada lagi, boleh tubuh suatu Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Kerajaan-Swasta-NGO. Ini bagi mengelak oversupply dan wastage barangan sumbangan.

Ini 5 dulu. Harap dapat membantu

 

LIYANA MARZUKI

No comments: