KENAPA KIT SIANG RAMAL 70% SAHAJA.

 

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yakin Anwar Ibrahim dapat mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal.

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Iskandar Puteri itu meramalkan peluang itu sekitar 70 peratus sahaja.

“Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan 90 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun, 80 peratus kemungkinan bertahan untuk tiga tahun. Dan 70 peratus kemungkinan bertahan untuk penggal penuh lima tahun.

Kata Lim, jangkaan itu mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) menjalankan tanggungjawab mereka di parlimen dan kegagalan mereka menyahut titah Yang di-Pertuan Agong agar menjaga kestabilan politik.

Lim mendakwa PN memainkan peranan dalam merosakkan perpaduan kaum di negara ini melalui retorik perkauman dan agama.

Untuk rekod, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menjangkakan kerajaan persekutuan yang diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga dilpaorkan berkata pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.

Sementara itu, Lim berkata peranan Umno sangat penting dalam memastikan Anwar kekal sebagai perdana menteri.

Lim mendakwa PN memainkan peranan dalam merosakkan perpaduan kaum di negara ini melalui retorik perkauman dan agama.

“Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Prestasi buruk Umno dalam PRU-15 menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan BossKu (Najib Abdul Razak) walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan.

“Sekiranya perkara ini betul, Umno sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas,” katanya.

Kata Lim, pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual selewat-lewanya Ogos ini merupakan ujian besar kepada ketahanan Anwar.

“PRN menjadi ujian besar seterusnya kepada Anwar yang akan menentukan sama ada dia akan kekal menjadi perdana menteri untuk satu penggal selama lima tahunnya,” katanya.

Sumber –mkini


No comments: