Taawun siyasi: Siapa kuat kafirkan Umno akan bersama Umno?
Sempena Penyatuan umat Pas dan umat Umno sewajarnya Tuan Ibrahim Tuan Man anak saudara Tuan Sabariah isteri Tok Guru Nik Aziz tidak berkata sewenangnya tentang penyatuan Pas dan Umno adalah hasrat Tok Guru Nik Aziz. Bahkan sehingga Tok Guru pergi menghadap Illahi pesanan Tok Guru masih menolak Umno.
Hakikatnya penyatuan bersejarah ini yang telah berjaya dihidu oleh kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang merupakan idea salah seorang anak Tok Guru Nik Aziz dibantu oleh beberapa pimpinan Pas dan bekas pimpinan serta beberapa arkitek upahan Umno sehingga menjadi kenyataan.
Mungkin benar sekali pendapat yang menyatakan bahawa sesiapa ahli Pas yang kuat mengkafirkan Umno akhirnya mereka akan bersama Umno. Telah banyak contoh ini berlaku sebelum Pas bersama Umno.
Pembohongan dan penafian sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi Pas bahawa Pas tidak akan bersama Umno dan mereka sanggup keluar Pas jika ianya berlaku hanya pura-pura.
Pas dijangka bakal berpecah lagi dan ahli bakal keluar Pas secara terang-terangan selepas ini.
Apapun alasan dan penerangan Pas atasan terhadap penyatuan ini hanyalah rekaan dan muslihat mereka dengan menggunakan dalil agama dan bermacam alasan untuk menjayakan projek Umno dan Pas bersatu.
Berikutan kerjasama ini Umno yang sedang berpecah akan terus berantakan dan Pas pun bakal berpecah lagi. Maka sebenarnya umat Melayu masih gagal disatukan meskipun Pas dan Umno telah rasmi bersama.
Kenyataan lisan Nik Amar dalam Astro Awani baru-baru ini mengesahkan penolakan ahli Pas khasnya di Kelantan, sangat perlahan. Pas Kelantan memerlukan masa untuk melihat kejayaan penyatuan tersebut. Adakah bermakna penolakan telah berlaku?
PRU 15 nanti akan menyaksikan nasib Umno sepertimana kemerosotan pengaruh parti itu di Selangor semakin teruk selepas tiga pilihan raya umum. Maka analisa Pas menyatakan undi kepada Umno dan Pas akan bertambah jika mereka bersatu akan meleset dan hanya angan-angan arkitek Pas yang dipengaruhi Umno sejak tercetus dan terbongkarnya rahasia rundingan Umno – Pas sebelum ini.
Oleh itu, usaha untuk merampas semula Putrajaya oleh Umno dan dibantu Pas dilihat sangat sukar. Tunggu dan lihat siapakah yang untung pada PRU15 akan datang.
Penulis merupakan veteran Pas yang memerhati dari jauh taawun siyasi Pas – Umno yang sedang berlangsung sekarang in